taman negara malaysia

TAMAN NEGARA DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat beberapa Taman Negara yang menarik untuk dikunjungi kerana terkenal dengan flora and fauna yang membuat pengunjung tidak akan lupa. Berikut disenaraikan 5 tempat yang telah diiktiraf dan yang terkenal:

 

TAMAN NEGARA PAHANG

Terletak lebih kurang 75km dari bandar Jerantut (Bandar Pintu Masuk Taman Negara) Perjalanan darat mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Jerantut.

Pengunjung yang ingin merasai menaiki bot kayu untuk masuk ke Taman Negara Pahang boleh naik dari Kuala Tembeling.

Taman Negara Pahang dikenali dengan hutan hujan tropika dan hutan tertua di dunia. Mempunyai keluasan lebih kurang 4343 KM2 dan merangkumi 3 negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Trengganu.

Pintu masuk ke Taman Negara adalah memalui Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Terkenal dengan aktiviti trekking/hiking dan juga aktiviti sungai. Sungai Tembeling adalah sungai utama di sini dan disambungi oleh sungai sungai kecil seperti sungai Tahan, sungai Trenggan, sungai Keniam, sungai Sat, sungai Sephia dan pelbagai sungai2 kecil yang lain.

Aktiviti yang menarik minat pelancong adalah :-

    • Mendaki Gunung Tahan
    • Bermalam di dalam gua (Kepayang Besar) dan bermalam di Bumbun (Bumbun Kumbang,
    • Tabing dan Chegar Anjing)
    • Menaiki Jambatan Gantung (Jambatan gantung terpanjang di dunia)
    • Hiking ke Bukit Teresek (1.5km)
    • Menaiki bot ke Lata Berkoh (Cascade Waterfall) dan memberi ikan Kelah Merah Makan
    • Menaiki bot mengharungi jeram
    • Melawat Kg Orang Asli (Suku Kaum Batek)
    • Memancing di Sg Keniam (Lata Said) atau Sg Tembeling
    • Program Team building

Terdapat beberapa Resort, Hotel, Motel dan guest house di Kuala Tahan untuk pengunjung membuat pilihan mengikut keselesaan dan budget masing2. Juga terdapat pilihan tempat makan di Kuala Tahan seperti restaurant terapung atau gerai2 menjual makanan sarapan, tengah hari dan malam.

Kedai runcit juga banyak terdapat di kawasan sini. Cuma pengunjung dinasihatkan membawa tunai kerana di sini tiada kemudahan bank atau ATM.

TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR

Berkeluasan lebih kurang 870 KM2 merangkumi negeri Johor dan Pahang. Bandar terdekat adalah bandar Kahang (Pejabat ERJNP) untuk pendaftaran dan permit masuk. Terdapat 3 pintu masuk, iaitu dari Johor Endau Rompin (Timur), ikut Kg. Peta, (Barat) – Ikut Selai – Pekan Bekok, Segamat atau Pahang – Kuala Rompin. Namun pintu masuk lain agak sukar untuk anda sampai, jadi disarankan ikut Kg. Peta.

Disebabkan jalan masuk masih tanah merah, pengunjung boleh tinggalkan kenderaan di Kahang dan mengambil pakej 4WD ke Kg. Peta yang disediakan.

Untuk penginapan di sini, terdapat tapak perkhemahan, dorm dan chalet. . Bagi memudahkan dan melancarkan kunjungan anda, Pengunjung kebiasaannya membuat tempahan pakej penuh (termasuk penginapan, makan minum, 4WD dan aktiviti).

Aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah trekking, Kayak, Tubing, night walk, Tasik Biru, Air Terjun Upeh Guling dan Buaya Sangkut (Tinggi 120 meter). Jarak antara tasik dan air terjun lebih kurang 2 jam trekking. Boleh juga melawat perkampongan orang asli dari suku kaum Jakun.

 

TAMAN NEGARA BAKO SARAWAK

Taman Negara Bako merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak, telah diwartakan pada tahun 1957 dan merangkumi keluasan 2,727 hektar persegi.

Terletak lebih kurang 37km dari bandar Kuching dan mudah untuk mengunjungi dimana terdapat banyak kemudahan penganggutan samada dengan bas atau teksi.

Merupakan Taman Negara yang amat terkenal dan dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan. Juga amat dikenali dengan kehidupan monyet hidung besar (Proboscis)

TAMAN NEGARA GUA MULU

Taman Negara Gua Mulu merupakan Taman Negara yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 528.64Km persegi. Yang menarik di Taman Negara Gua Mulu adalah kepelbagaian bentuk gua yang terdapat di sini, juga dipercayai merupakan gua yang terbesar di dunia dengan keluasan 30,347,540 meter padu dan boleh memuatkan 40 buah pesawat Boieng 747.

Gua Air Jernih (Clearwater) panjangnya lebih kurang 189km dan merupakan gua ke-8 terpanjang di dunia.

Bagi yang minat mendaki, pemandangan dari puncak Gunung Api amatlah mempersona dan menakjubkan.

 

TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Taman Negara Pulau Pinang terletak kira2 42km dari Georgetown dan pengunjung boleh melawat dengan menaiki kereta sendiri, bas, teksi dengan menuju ke Teluk Bahang atau menggunakan syarikat pelancongan yang berdaftar.

Tiada permit masuk dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti titian canopy (RM 5.00 dewasa, RM 3.00 Kanak2). Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sni seperti melawat Pusat Interpretasi, merentis hutan (Jungle Trekking), mendaki bukit, Memerhati hidupan liar, melawat rumah api Muka Head, memancing, menyusuri pantai dengan menaiki bot, lawatan ke Tasik Meromiktik (air yang mempunyai 2 lapisan yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bawah manakala air tawar akan berada di atas.

Dan di dunia hanya terdapat 2 tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu di Autralia dan Pulau Pinang)

Bagi Pengunjung lawatan ke Pusat Konservasi Penyu memang tidak dilepaskan yang terletak di Pantai Kerachut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan. Spesis penyu yang dijaga di sini adalah jenis Penyu Agar dan Penyu Lipas.

Namun demi menjaga ekosistem, bilangan pengunjung di hadkan pada satu2 masa. Untuk maklumat lanjut bolehlah bertanyakan kepada Pegawai di Taman Negara Pulau Pinang ditalian 04-881 3500 / 3530.