2 HARI 1 MALAM PAKEJ SANTAI FISHING DI TAMAN NEGARA PAHANG

2 HARI 1 MALAM PAKEJ SANTAI FISHING DI TAMAN NEGARA PAHANG

 

Kali ini kami ingin menceritakan tentang pakej 2 Hari 1 Malam ‘Santai Fishing’ di Asia Camp Resort Taman Negara, Jerantut, Pahang. Pakej ini termasuk bilik penginapan samada bilik kipas atau Chalet Berhawa Dingin, bergantung dengan budget anda, termasuk makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari dan juga nasihat percuma tentang umpan dan teknik yang sesuai untuk ikan di sungai Tembeling/Pahang.

 

Anda boleh check-in masuk seawal jam 2.00 petang, Pegawai kami akan menunjukan Kawasan/port memancing yang terletak hanya di hadapan Resort, turun tangga lebih kurang 50 meter dan terdapat Kawasan berpasir luas di hadapan lubuk yang telah kami letak umpan rendam bagi menarik ikan ikan ke lubuk ini. Anda juga akan diberi nasihat umpan yang sesuai dengan spesis ikan yang ada, tapi kami yakin anda kaki pancing tegar lebih arif tentang umpan, jadi kita boleh berkongsi idea dan pendapat.

 

Untuk keselesaan anda memancing jika anda bercadang memulakan lontar joran anda pada tengah hari, anda dinasihatkan membawa khemah pancing untuk dipasang di Kawasan berpasir tersebut, sekiranya anda tidak ada, pihak Resort ada menyediakan sewa khemah pancing dengan kadar RM 10.00 seunit sahaja.

 

Untuk persediaan umpan dan peralatan memancing, ikan ikan yang terdapat di sungai Tembeling ialah Baung, Kerai, lampam, Tenggalan, Patin, kelah, Khederak, Lawang, Daun, Tembelian dan Udang Galah. Umpan yang kami syorkan anda bawa adalah Sawit Peram, Biskut Ping Pong, Pilet Ikan (Mata Bom), Cacing Tanah, Chengkerik, Lipas, Umpan Busuk.

 

Anda juga boleh memancing bermula pada masa anda sampai, malam dan pagi. PIhak Resort akan membantu anda mendapatkan beberap batang kayu kering untuk anda nyalakan sebagai unggun api sekiranya anda berhasrat memancing di malam hari (Bawa lampu suluh). Anda akan dapat menyaksikan keindahan langit dan bintang2 di angkasa sambil dibuai kesejukan angin malam sekiranya malam tersebut cuaca cerah.

 

Semua makan minum anda seperti jadual program adalah di Restaurant Resort yang mengadap sungai. Sekiranya anda datang bersama keluarga, bagi ahli keluarga anda yang kurang minat memancing, boleh berehat di bilik atau duduk di Restaurant kami sambil melihat anda memancing. Ahli keluarga anda juga boleh melakukan aktiviti lain sementara anda memancing seperti ‘Jungle Trekking & Canopy Walkway’, ‘Rapid Shooting’ ‘Visit Orang Asli Village dan ‘Boat Ride to Lata Berkoh & Kelah Fish Feeding’. Anda tidak perlu risau kerana pihak Resort akan menguruskan sepenuhnya aktiviti ini, di mana kami akan menghantar dan mengambil ahli keluarga anda yang membeli pakej aktivi lain.

 

Hari Pertama

02.00ptg – Daftar masuk, kami akan bertemu dengan anda untuk berkongsi tip2 & sesi Memancing

07.30ptg – Makan Malam & Memancing

 

Hari Kedua

7.30pagi – Sarapan Pagi & Memancing

12.00t/hari – Daftar Keluar & Makan Tengah Hari

 

Untuk makluman lanjut boleh hubungi Pegawai kami atau layari laman web kami untuk harga istimewa kami tawarkan.