Memancing Kelah di Keniam Taman Negara Pahang

MEMANCING KELAH DI LATA SAID, SUNGAI KENIAM TAMAN NEGARA PAHANG

Memburu raja ikan iaitu Kelah Merah di Taman Negara Pahang adalah idaman setiap kaki pancing. Kali ini kami ingin berkongsi trip dan tips memancing Kelah dan juga lain lain ikan di beberapa lubuk sepanjang sungai Keniam Taman Negara Pahang.

Kebiasaannya trip memancing ini megmabil masa 3 hari/2 malam atau 4 hari/3 malam. Untuk makluman sebuah bot hanya dibenarkan 3 orang pemancing sahaja.

Hari Pertama

Kami bertiga berkumpul di Jetty Kuala Tahan Taman Negara, Jerantut Pahang seawal jam 7.30 pagi dengan membawa peralatan memancing, pakaian, umpan tambahan dan bekalan makanan tambahan.

Pakej yang kami bayar untuk 3 orang termasuk makan minum selama tempoh memancing dan umpan sawit peram. Tekong bot kami Abang Bogo dan juru haluan kami Muk sampai dan membantu memunggah dan menyusun barang2 kami agar perjalanan bot nanti bila melaluai jeram yang cetek di sungai Keniam lebih lancar.

Salah seorang dari kami telah ke Pejabat Perhilitan untuk proses membuat bayaran permit masuk (RM 1.00 seorang) dan lesen joran (RM 10.00 sejoran).

Selepas kami diberi taklimat ringkas, kami menuju ke Rakit Jabatan Perhilitan yang terletak di dalam sungai Tahan dengan menaiki bot bagi pemeriksaan permit masuk, lesen joran,barang2 yang kami bawa dan peralatan pancing. Ini adalah prosedur biasa bagi memastikan tiada peralatan merbahaya atau tidak dibenarkan seperti jala, jaring, senapang ikan dan lain2 dibawa semasa memancing.

Tekong memaklumkan kepada kami bernasib baik kerana masa kami memancing tiada pemancing lain masuk ke Lata Said, hanya kami…kebiasaannya satu2 masa ada pernah sampai 15 boat masuk pada masa yang sama, jadi akan berlaku perebutan tapak perkhemahan dan lubuk, siapa sampai dahulu, boleh pilih mana nak bermalam.

Selepas selesai pemeriksaan dibuat, bot kami bergerak ke hulu melaluai sungai Tembeling menuju sungai Keniam. Perjalanan bot mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ke kuala sungai Keniam dengan melalui beberapa jeram.

Anggaran masa 4 jam untuk sampai ke lubuk terakhir iaitu Lata Said. Suasana damai dan aman kami rasakan sepanjang perjalanan bot dengan kehijauan hutan tertua di dunia dan kejernihan air sungai yang mengalir.

Setelah sampai di kuala sungai Keniam, perjalanan diteruskan dengan bot melalui sungai Keniam yang lebih kecil dari sungai Tembeling dan airnya lebih jernih. Perjalanan ini lebih mencabar di mana terdapat beberapa jeram yang terpaksa kami turun berjalan kaki

Tekong dan juru haluan kami menolak bot melalui jeram2 tersebut. Tekong kami memaklumkan ia bergantung kepada aras air sungai, semakin cetek semakin kerap kena tolak boat melalui jeram.

Dinasihatkan memakai kasut kalis air agar mudah meraduk air dan berjalan atas batu dalam sungai. Kami berhenti makan tengah hari nasi bungkus ayam kicap/ayam berlada yang telah dibeli oleh tekong kami, perghhh…sedap rupanya makan nasi bungkus sambal duduk di dalam sungai keniam yang jernih airnya.

Terdapat beberapa lubuk atau pot memancing di sepanjang perjalanan kami menuju pot akhir sekali iaitu Lata Said iaitu Lubuk Perkai, Lubuk Rinching dan Lubuk Rawa.

Kami berbincang dengan tekong dan membuat keputusan untuk terus ke lubuk Lata Said dan hari akhir bergerak pagi dan mencuba nasib di Lubuk Rinching atau Kuala Perkai kerana lubuk tersebut dikenali dengan saiz ikan bersaiz Mega.

Kami sampai di Lubuk Lata Said lebih kurang jam 2.30 petang, Bersama kami mengangkat semua barang2 dalam boat ke tapak perkhemahan yang terletak berhampiran dengan sungai.

Tekong dan juru haluan menyiapkan khemah (Bentuk V yang dibawa oleh Tekong) dan kami…apa lagi bossku…cari pot masing2 ler…. Nasib baik sebelum kami datang saya telah bertanya dengan tekong tip2 memancing kelah.

Di sini saya ingin berkongsi tip2 tersebut..

1) Pastikan pakaian tidak cerah atau terang,

2) Tali pancing bersaiz 5 – 15 pound sahaja (Tekong pesan kalau ada jenis tali “hantu”, gunakan),

3) Jangan guna batu ladung atau khili, mata kail saiz 6 terus diikat ke tali pancing, 4) Pastikan pancing diikat dengan tali kerana sifat Kelah terkenal dengan kerakusan menarik umpan, nangis wooo kalua tetiba pancing mahal anda zapppp..terbang ditarik Raja Ikan ini…

Dengan menggunakan sebiji sawit rendam untuk satu mata, kami mencuba nasib masing2 di pot masing2. Selepas mencampak joran saya dan diikat tali, saya duduk dekat pancing sambal menikmati kesunyian, kesegaran udara dan kehijauan hutan hujan tropika, sungguh damai rasanya, jauh dari hiruk piruk kenderaan dan deringan telefon (tiada line phone yer sini).

Tengah melayan fikiran, tiba2 pancing saya disentap kuat dan dengan debar yang kuat saya menyentap pancing …kelah nie..kata hati saya…perghhh…layan bossku…sangat kasar dan kuat tarikannya…sabarr..lepas dreg sikit…

Setelah berjuang lebih kurang 20 minit, alhamdulillah seekor kelah merah sang raja ikan Berjaya didaratkan, anggaran lebih kurang 4kg, betul la kata orang, debar ia lain macam bila kita memancing kelah merah nie..sebab tali tak boleh kasar sebab kecerdikan kelah telah diketahuai, tarik kuat kang meletus tali..nangis wooo…

Lama sangat takut tali di bawa raja ikan ke celah kayu, nangis gak…hehehehe..tapi tu la pertama kali saya layan tarikan kelah..memang best..tak terucap bila didaratkan… lebih kurang 40 minit.

Kemudian satu lagi pancing saya ditarik kuat dan debaran kali kedua menarik pancing dan bermain drag, yang nie tak lama, lebih kurang 10 minit Berjaya didaratkan dan kali ini bukan kelah tapi ikan Kejor, sepsis kelah juga tapi berwarna putih, berat lebih kurang 1 kg lebih…alhamdulillah..janji ikan…tambat dulu ikan guna tali yang dimasakukan tali melalui insang ke mulut ikan dan ditambat dalam air.

Hari semakin gelap dan saya bergerak balik ke tapak perkhemahan, bila sampai makan malam tengah disediakan oleh abg Bogo dan Muk. 2 orang kawan saya sudah awal lagi sampai di khemah dan mereka mendapat 2 ekor kelah merah, 5 ekor baung akar dan 3 ekor ikan lampam.

Umpan cengkerik dan cacing mereka gunakan untuk menjinakan baung dan lampam. Abg Bogo menolong kami menyiang ikan ikan dan menyalai ikan tersebut agar tahan lama. 2 ekor baung digunakan oleh abg Bogo untuk masak goreng chili api…adehhhh…bertambah la nasi nie Nampak gaya nya…ilang diet..kikikiki… malam nie kami mengambil keputusan untuk berehat sambal borak2 dengan tekong dan juru haluan mengenai ikan di taman negara Pahang.

BERSAMBUNG….SABO YER…HARI KE2 LAGI BEST WOO….

PART 2 HARI KEDUA

sarapan pagi mee goreng yang disediakan oleh abg Bogo pekena dengan kopi ‘O’…baru segar..kami berpecah, kawan saya En. Azizan mengikut tekong menaiki boat ke lubuk Rawa yang terletak menghilir dan Muk juru haluan membawa kami berdua berjalan kaki naik ke atas lagi lebih kurang 5 minit ke Lubuk 5 minit.

Setelah mencari pot masing2, kami melontarkan joran dan memastikan joran diikat kuat dengan tali. Pot saya kali ini lebih menarik kerana kedudukan saya sedikit terlindung oleh pokok2 kecil. 3 joran saya gunakan dengan umpan lain2, iaitu sawit peram, cacing dan biskut ‘Ping Pong’.

Target saya ikan kelah , lampan dan tenggalan. Baru 5 minit kail saya umpan biskut bergarak tegang perlahan lahan…tegang…kendur…tegang..kendur…yesss…mengikut pengalaman saya…ikan tenggalan nie…sebab sifat ikan tenggalan ia akan menyedut makanan dan meluahkan kembali untuk merasa..dan bila tali tegang bermaksud ia tengah menyedut umpan, saya menyentap joran saya…alhamdulillah…melawan..mata kail dah kena…kuat juga tenggalan nie melawan tarikan pancing saya…5 minit Berjaya didaratkaan dan ya…ikan tenggalan lebih kurang 1 kg saiz nya…syukur…masukan talam tajul dan rendam dalam air.

Kesabaran yang tinggi membuahkan hasil..lebih kurang sejam, joran umpan sawit saya ditarik kuat sehingga tercampak ke depan, nasib baik saya ikat joran tersebut..melompat saya menyambar joran dan menyentap pancing….syukur..lekat ikan Cuma tak pasti ikan apa yang memakan umpan sawit rendam nie..kelah atau kejor atau lampam?…tak per,,,yang penting tarikan ikan sungai memang superbbb…lepas..tarik..layan…30 minit wooo..baru Berjaya menawan dan syukur lagi sekali…kelibat sisik merah keemasan dah nampak..raja ikan…kali nie kelibatnya rasa saya dalam 5kg…berdebar kencang woooo…besau baq hang…jangan Meletus tali udah ler…nangis wooo..dah la nampak kelibat sisik merah emas….pelan2 kayuh…Berjaya menaikan raja ikan lagi sekali…syukur…masukan tali ke dari mulut ke isang..ikat kemas2..tambat dalam air supaya hidup.

Dalam jam 1.00 tengah hari, kami bergerak balik ke khemah untuk siapkan makan tengahari. Hasil saya di Lubuk 5 minit, 1 ekor Kelah Merah, 2 ekor tenggalan, 2 ekor ikan baung (umpan cengkerik) manakala kawan saya, abg Atan Berjaya menawan 1 Kelah, 2 kejor, 2 baung. Sampai di khemah kawan saya yang ke lubuk Rawa, En. Azizan Berjaya mendapat 1 ekor sebarau (besar wooo..4kg), 3 lampan dan 3 kejor. Tekong menyiapkan makan tengah hari, Muk menyiang ikan2 dan menyalai manakala kami mandi dan solat zohor…berehat dulu kumpul tenaga…hehehe..misi akan diteruskan selepas makan tengah hari…

Misi  diteruskan tapi kali ini kami menukar arah, saya mengikut tekong kehilir menaiki bot kerana saya ingin mencuba Teknik casting pula..ingin mencari Sebarau dan Toman Bunga. Manakala En. Azizan dan Abg Atan berpecah mencari lubuk yang dekat dengan tapak khemah kami.

Kami menaiki bot dan sepanjang mudik turun saya menggunakan beberapa jenis mata kail casting, memula saya gunakan mata kail kilat. Mencuba nasib casting dari tebing sungai menarik ke bot tengah sungai, namun nasib tidak menyebelahi saya…saya menukar mata kail casting jenis rapala berbentuk anak ikan berwarna merah yang dibeli online Facebook dari Findland. Selepas 4-5 kali mencansting..zappp…merencik air sungai bila sebarau mengejar dan memakan mata kail rapala saya..bermulalah episod Tarik, lepas, tahan…10 minit sebarau lebih kurang 2 kg Berjaya di naikan..boleh tahan daya tarikan ia…berpusing bot mengikut arah tarikan sebarau.

Misi diteruskan sehingga le lubuk Rawa. Sampai di sana saya turun dari bot menuju ke lubuk Rawa, mencari pot yang sesuai untuk casting. Mencuba beberapa kali tapi kali ini ikan dah tahu..hehehehe..tak per…kita cub acara lain.

Berbekalkan umpan anak ikan keli hidup yang kami bawa, lebih kurang 300 gram saiz, saya menyangkut mata kail di bahagian ekor anak ikan keli dan mencampak ke tengah lubuk. Joran di pacak dan diikat kemas dan menanti agar Toman Bunga memakan umpan kerana dimaklumkan bahawa Toman Bunga amat ‘Marah’ kepada anak ikan keli.

Memang betul, tunggu tak lama, lebih kurang 30 minit, bergegar kuat joran saya disambar Toman Bunga…perghhh…kuat betul Toman Bunga nie melawan, berdesit desit bunyi drag ditarik, kalau lama mau jem mesin pancing nie…akhirnya Berjaya didaratkan Toman Bunga, patut habis tenaga bermain…9kg rupanya Toman Bunga..semacam dah bunyi mesin joran nie.. patut nama Toman Bunga, cantik betul coraknya..berbunga bunga..

Kami bergerak balik ke khemah dan masa mudik naik Berjaya menaikan lagi 2 ekor Sebarau, tak besar..1kg lebih seekor. Sampai di khemah lebih kurang jam 6.00 petang dan En. Azizan dan Abg Atan masih setia menunggu joran masing2.

Hasil untuk hari nie, 2 kelah (tak besar..hampir 1 kg lebih seekor), 5 ekor kejor, 3 ekor lampan, 3 ekor sebarau dan 1 ekor Toman. Muk menolong kami menyiang dan menyalai ikan2 tersebut.

Hujan turun lebat malam tu selepas kami selesai makan malam. Perbualan dengan tekong memaklumkan kalau hujan turun lama dan air keruh, peluang mengail ikan kelah amat tipis dan boleh mencuba nasib dengan menggunakan umpan cacing. Namun kalau air keruh, banyak ikan baung akar akan keluar. Rupanya malam itu hujan sehingga ke pagi.

JANGAN LUPA BACA PART 3 YER…..

PART 3 HARI KETIGA

Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh tekong, hujan masih renyai2 dan kami masih dalam selimut sambal menghirup Kopi O mengadap sungai memikirkan apa misi kami seterusnya…

Lebih kurang jam 10 pagi baru hujan berhenti dan kami membuat keputusan untuk memburu baung di lubuk 5 minit. Oleh kerana sudah lewat, kami membawa bekal roti bilis yang kami beli awal dan tak lupa nescafe panas yang dimasukan ke dalam botol air mineral (Jungle Style…hehehehe).

Setelah sampai di lubuk 5 minit, kami menggunakan umpan cengkerik, cacing dan anak ikan yang telah dikerat lebih kurang ½ inchi yang tekong kami carikan pagi semasa hujan tadi.

Air sungai besar sikit dari semalam dan keruh dari semalam, tak sampai 10 minit membaling umpan, pancing masing2 kuat disentap baung akar. Hingga petang kami memancing di 3 lubuk (Petir, 5 minit dan depan khemah) dan mendapat lebih kurang 9 ekor baung akar, menurut tekong kami kalau la ada umpan perut ayam mau lagi banyak dapat baung.

Ikan tersebut 3 ekor kami bakar garam kunyit cicah dengan air asam lada dan chili kicap bawang yang disediakan oleh tekong dan selebihnya kami salai untuk dibawa balik. Perghhh..tak sedar 3 kali tambah…kikikiki…

PART 3 HARI KEEMPAT

Selepas sarapan pagi nasi goreng, kami mengemas bag pakaian dan mencuba nasib sekali lagi tapi kali ini hanya lubuk didepan khemah sahaja…air masih keruh namun tidak la membangau…kikiki…En Azizan mendapat 3 ekor baung, abg Atan 2 ekor lampan sebesar tapak tangan dan saya sendiri 3 ekor ikan Terboi (Umpan saya guna sawit rincih Panjang dan disangkut kepada 2 mata kail sekali). Boleh tahan daya sentapan ikan Terboi nie, mula2 ingat kelah menarik.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, tekong dan juru haluan telah siap kemas tapak khemah dan barang2 telah dimasukan ke dalam bot, kami bergerak turun dan perjalanan turun kurang kami turun disebabkan air sungai yang sedikit besar.

Bermula dari Kuala Perkai tekong mematikan engine bot dan menggunakan pendayung untuk memudik bot, kami mencuba casting sepanjang perjalanan turun, namun nasib tidak menyelebahi kami, tiada hasil kali ini…mungkin keadaan air yang keruh menjadi punca.

Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Jetty Kuala Tahan jam 3.30 petang dan sekali lagi kami kena melaporkan diri di Rakit Jabatan Perhilitan untuk memaklumkan berapa ekor dapat dan jenis ikan yang dapat.

Selepas siap tekong menghantar kami semula ke jetty untuk kami mengambil kereta. Sebelum bergerak balik, kami mengajak tekong dan juru haluan untuk minum dan makan di Rakit terapung di situ sambil bertanyakan tempat2 lain yang menarik untuk misi memburu kelah merah dan jenis2 lain.

Kami amat tertarik dengan misi memburu raja ikan di Jeram Perahu, lebih jauh dan lebih mencabar perjalanannya.  Kami bergerak balik ke Gombak dan sampai lebih kurang jam

Ini sahaja pengalaman saya dan kawan2 memancing di Lata Said Sungai Keniam Taman Negara Jerantut Pahang. Pengalaman yang kami tidak akan lupakan dan sudah pasti akan datang lagi dan mungkin lepas ini Jeram Perahu misi kami yang akan datang, atau sungai Kuala Sat.

NANTIKAN…………