Resort di Taman Negara

 10 RESORT DI TAMAN NEGARA PAHANG

  • ASIA CAMP TAMAN NEGARA

Salah satu resort di Taman Negara adalah AsiaCamp Taman Negara. Mempunyai kepelbagaian pilihan Chalet kayu seperti Twin Chalet, Triple Chalet, Quad Chalet, Family Chalet, Networking Fan Room dan Dorm. Juga mempunyai kemudahan restaurant dan dewan mesyuarat. Semua Chalet dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, cerek elektrik dan TV. Resort yang terletak di Kawasan perniagaan Pasdec, Kawasan tedapat banyak kedai runcit, kedai barangan basah, kedai kedai makan dan kedai ‘Hardware’. Kedudukan Chalet Chalet atas bukit dengan pemandangan Sungai Pahang dan bukit bukau. Terdapat juga beberapa buah chalet yang terletak di pulau dan dihubungkan dengan Jambatan Gantung.

  • MUTIARA RESORT

Resort ketegori 4 bintang yang terletak di dalam Kawasan Taman Negara Pahang, mempunyai pelbagai pilihan jenis chalet seperti Twin Chalet, Superior Chalet dan

Family Chalet. Mempunyai  restaurant/café bagi kemudahan pengunjung mendapatkan makan dan minum dan dewan mesyuarat di dalam Kawasan Resort. Dikelilingi oleh hutan Taman Negara dan terdapat banyak binatang liar berkeliaran seperti monyet, babi hutan, tupai, burung dan lain lain. Untuk sampai ke Mutiara Resort, pengunjung kena menaiki bot crossing dan menaiki tangga yang agak tinggi.

  • XCAPE RESORT TAMAN NEGARA

Resort yang terletak di Kuala Tahan berhampiran dengan jeti ke Taman Negara Pahang. Berkonsepkan bilik bilik yang mempunyai 3 pilihan seperti Bilik Berdua, Bilik Bertiga dan Bilik Berempat. Semua bilik dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Xcape Resort juga mempunyai kemudahan tempat makan, kedai cenderahati dan dewan mesyuarat. Pemandangan bukit bukau dan sungai kecil mengalir di dalam Kawasan resort.

  • MAHSEER CHALET

Terletak di tepi sungai Pahang berdekatan dengan jeti Kuala tahan. Chalet berpenghawa dingin diperbuat daripada kayu dan mempunyai pilihan bilik seperti bilik berdua, berempat dan bilik kipas. Juga terdapat kedai cenderahati dan restaurant.

  • TERESEK MOTEL

Terletak betul betul di jalan turun ke jeti Kuala Tahan. Berkonsepkan motel dengan banggunan 3 tingkat. Bilik berdua penghawa dingin dan lebih sesuai untuk pasangan atau bilangan kumpulan bujang yang kecil.

 

  • DANZ TRAVEL ECO RESORT

Terletak lebih kurang 5km dari jeti Kuala Tahan dan laluan masuk ke Danz Eco Resort adalah dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak Resort. Berkonsepkan Resort di dalam hutan, Danz Eco Resort dikelilingi oleh hutan hijau dan sungai Pahang. Penginapan yang disediakan adalah dalam bentuk Capsule Twin & Family, Bilik type A, Glamping dan Khemah. Juga disediakan kemudahan tempat makan.

  • TEBING GUEST HOUSE

Juga terletak berdekatan dengan jeti Kuala Tahan dengan pemandangan Kawasan kampong dan sungai Pahang,. Banggunan 2 tingkat dengan pilihan pilik penginapan berdua dan bertiga serta berhawa dingin. Berkonsepkan ‘Garden’ dan ‘Family’, Kawasan guest house dihiasai dengan pokok pokok bung ataman yang menarik dan meja kerusi untuk pengunjung santai Bersama. Juga disediakan kemudahan tempat makan.

  • BALAI SERAMA GUEST HOUSE

Terletak dalam Kawasan kampung dan bersebelahan dengan sungai Pahang. Berkonsepkan ‘Garden’ dan dilengkapi dengan landskap yang menarik, laluan jalan kaki dan bunga bunga yang segar. Kawasan Guest House yang sunyi dari deruman kenderaan dan dilengkapi dengan bilik penghawa dingin dengan pilihan bilik berdua dan bilik keluarga. Restaurant yang menghadap sungai Pahang dengan pilihan menu barat atau melayu.

  • ABOT GUEST HOUSE

Terletak berhampiran dengan jalan turun ke jeti Kuala Tahan. Bilik berhawa dingin dengan pilihan bilik berdua, bertiga dan berempat. Dikelilingi dengan kedai kedai runcit dan gerai gerai makan. Berkonsepkan ‘Not Disturb’, pelancong boleh membuat pilihan samasa hendak dikemas bilik atau Cuma ditukar tuala sahaja sekiranya menginap lebih dari 1 malam.

  • DURIAN CHALET

Dibina oleh penduduk tempatan di dalam Kawasan kebun Durian. Bilik kayu yang dilengakapi dengan kemudahan kipas dan sesuai untuk yang mendambakan kedamaian kerana jauh dari kesibukan kenderaan dan orang lalu Lalang. Juga disediakan kemudahan tempat makan bagi yang tidak hendak makan di Kawasan jeti Kuala Tahan yang terletak lebih kurang 3km dari Chalet.

  • NUSA VILLAGE RESORT

Terletak di dalam Kawasan hutan dan tepi sungai Pahang. Untuk ke Resort pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menggunakan khidmat Resort samada melalui jalan darat atau dengan bot melalui sungai. Dilengkapi dengan beberapa pilihan Chalet kayu seperti Chalet Berdua, Berempat atau Asrama, semua bilik hanya kipas dan tiada penghawa dingin disediakan. Restaurant yang menghadap sungai Pahang dengan menu melayu.

  • HOLIDAY VIEW INN

Terletak atas bukit dengan pemandangan bukit bukai dan Kawasan kampung berhampiran. Kedudukan lebih kurang 2km dari jeti Kuala Tahan dan Kawasan gerai makan, jadi lebih mudah kalau mempunyai kenderaan sendiri. Bilik berpenghawa dingin pilihan bilik berdua atau berempat. Juga disediakan bilik kipas bagi yang mempunyai budget yang rendah.

  • TRV MOTEL

Kedudukan lebih kurang 2km dari jeti Kuala Tahan dan gerai makan, namun pihak motel menyediakan kemudahan hantar dan ambil bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Motel sendiri mempunyai restaurant bagi yang tidak mahu ke jeti Kuala Tahan. Semua bilik hanya disediakan kipas dan pilihan bilik lebih kepada bilik bertiga.

  • AGOH CHALET

Chalet yang berhawa dingin dengan pilihan bilik berdua dan berempat. Terletak hanya 200 meter dari jeti Taman Negara dan dilengkapi dengan tempat letak kereta.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *