Memancing Kelah di Keniam Taman Negara Pahang

MEMANCING KELAH DI LATA SAID, SUNGAI KENIAM TAMAN NEGARA PAHANG

Memburu raja ikan iaitu Kelah Merah di Taman Negara Pahang adalah idaman setiap kaki pancing. Kali ini kami ingin berkongsi trip dan tips memancing Kelah dan juga lain lain ikan di beberapa lubuk sepanjang sungai Keniam Taman Negara Pahang.

Kebiasaannya trip memancing ini megmabil masa 3 hari/2 malam atau 4 hari/3 malam. Untuk makluman sebuah bot hanya dibenarkan 3 orang pemancing sahaja.

Hari Pertama

Kami bertiga berkumpul di Jetty Kuala Tahan Taman Negara, Jerantut Pahang seawal jam 7.30 pagi dengan membawa peralatan memancing, pakaian, umpan tambahan dan bekalan makanan tambahan.

Pakej yang kami bayar untuk 3 orang termasuk makan minum selama tempoh memancing dan umpan sawit peram. Tekong bot kami Abang Bogo dan juru haluan kami Muk sampai dan membantu memunggah dan menyusun barang2 kami agar perjalanan bot nanti bila melaluai jeram yang cetek di sungai Keniam lebih lancar.

Salah seorang dari kami telah ke Pejabat Perhilitan untuk proses membuat bayaran permit masuk (RM 1.00 seorang) dan lesen joran (RM 10.00 sejoran).

Selepas kami diberi taklimat ringkas, kami menuju ke Rakit Jabatan Perhilitan yang terletak di dalam sungai Tahan dengan menaiki bot bagi pemeriksaan permit masuk, lesen joran,barang2 yang kami bawa dan peralatan pancing. Ini adalah prosedur biasa bagi memastikan tiada peralatan merbahaya atau tidak dibenarkan seperti jala, jaring, senapang ikan dan lain2 dibawa semasa memancing.

Tekong memaklumkan kepada kami bernasib baik kerana masa kami memancing tiada pemancing lain masuk ke Lata Said, hanya kami…kebiasaannya satu2 masa ada pernah sampai 15 boat masuk pada masa yang sama, jadi akan berlaku perebutan tapak perkhemahan dan lubuk, siapa sampai dahulu, boleh pilih mana nak bermalam.

Selepas selesai pemeriksaan dibuat, bot kami bergerak ke hulu melaluai sungai Tembeling menuju sungai Keniam. Perjalanan bot mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ke kuala sungai Keniam dengan melalui beberapa jeram.

Anggaran masa 4 jam untuk sampai ke lubuk terakhir iaitu Lata Said. Suasana damai dan aman kami rasakan sepanjang perjalanan bot dengan kehijauan hutan tertua di dunia dan kejernihan air sungai yang mengalir.

Setelah sampai di kuala sungai Keniam, perjalanan diteruskan dengan bot melalui sungai Keniam yang lebih kecil dari sungai Tembeling dan airnya lebih jernih. Perjalanan ini lebih mencabar di mana terdapat beberapa jeram yang terpaksa kami turun berjalan kaki

Tekong dan juru haluan kami menolak bot melalui jeram2 tersebut. Tekong kami memaklumkan ia bergantung kepada aras air sungai, semakin cetek semakin kerap kena tolak boat melalui jeram.

Dinasihatkan memakai kasut kalis air agar mudah meraduk air dan berjalan atas batu dalam sungai. Kami berhenti makan tengah hari nasi bungkus ayam kicap/ayam berlada yang telah dibeli oleh tekong kami, perghhh…sedap rupanya makan nasi bungkus sambal duduk di dalam sungai keniam yang jernih airnya.

Terdapat beberapa lubuk atau pot memancing di sepanjang perjalanan kami menuju pot akhir sekali iaitu Lata Said iaitu Lubuk Perkai, Lubuk Rinching dan Lubuk Rawa.

Kami berbincang dengan tekong dan membuat keputusan untuk terus ke lubuk Lata Said dan hari akhir bergerak pagi dan mencuba nasib di Lubuk Rinching atau Kuala Perkai kerana lubuk tersebut dikenali dengan saiz ikan bersaiz Mega.

Kami sampai di Lubuk Lata Said lebih kurang jam 2.30 petang, Bersama kami mengangkat semua barang2 dalam boat ke tapak perkhemahan yang terletak berhampiran dengan sungai.

Tekong dan juru haluan menyiapkan khemah (Bentuk V yang dibawa oleh Tekong) dan kami…apa lagi bossku…cari pot masing2 ler…. Nasib baik sebelum kami datang saya telah bertanya dengan tekong tip2 memancing kelah.

Di sini saya ingin berkongsi tip2 tersebut..

1) Pastikan pakaian tidak cerah atau terang,

2) Tali pancing bersaiz 5 – 15 pound sahaja (Tekong pesan kalau ada jenis tali “hantu”, gunakan),

3) Jangan guna batu ladung atau khili, mata kail saiz 6 terus diikat ke tali pancing, 4) Pastikan pancing diikat dengan tali kerana sifat Kelah terkenal dengan kerakusan menarik umpan, nangis wooo kalua tetiba pancing mahal anda zapppp..terbang ditarik Raja Ikan ini…

Dengan menggunakan sebiji sawit rendam untuk satu mata, kami mencuba nasib masing2 di pot masing2. Selepas mencampak joran saya dan diikat tali, saya duduk dekat pancing sambal menikmati kesunyian, kesegaran udara dan kehijauan hutan hujan tropika, sungguh damai rasanya, jauh dari hiruk piruk kenderaan dan deringan telefon (tiada line phone yer sini).

Tengah melayan fikiran, tiba2 pancing saya disentap kuat dan dengan debar yang kuat saya menyentap pancing …kelah nie..kata hati saya…perghhh…layan bossku…sangat kasar dan kuat tarikannya…sabarr..lepas dreg sikit…

Setelah berjuang lebih kurang 20 minit, alhamdulillah seekor kelah merah sang raja ikan Berjaya didaratkan, anggaran lebih kurang 4kg, betul la kata orang, debar ia lain macam bila kita memancing kelah merah nie..sebab tali tak boleh kasar sebab kecerdikan kelah telah diketahuai, tarik kuat kang meletus tali..nangis wooo…

Lama sangat takut tali di bawa raja ikan ke celah kayu, nangis gak…hehehehe..tapi tu la pertama kali saya layan tarikan kelah..memang best..tak terucap bila didaratkan… lebih kurang 40 minit.

Kemudian satu lagi pancing saya ditarik kuat dan debaran kali kedua menarik pancing dan bermain drag, yang nie tak lama, lebih kurang 10 minit Berjaya didaratkan dan kali ini bukan kelah tapi ikan Kejor, sepsis kelah juga tapi berwarna putih, berat lebih kurang 1 kg lebih…alhamdulillah..janji ikan…tambat dulu ikan guna tali yang dimasakukan tali melalui insang ke mulut ikan dan ditambat dalam air.

Hari semakin gelap dan saya bergerak balik ke tapak perkhemahan, bila sampai makan malam tengah disediakan oleh abg Bogo dan Muk. 2 orang kawan saya sudah awal lagi sampai di khemah dan mereka mendapat 2 ekor kelah merah, 5 ekor baung akar dan 3 ekor ikan lampam.

Umpan cengkerik dan cacing mereka gunakan untuk menjinakan baung dan lampam. Abg Bogo menolong kami menyiang ikan ikan dan menyalai ikan tersebut agar tahan lama. 2 ekor baung digunakan oleh abg Bogo untuk masak goreng chili api…adehhhh…bertambah la nasi nie Nampak gaya nya…ilang diet..kikikiki… malam nie kami mengambil keputusan untuk berehat sambal borak2 dengan tekong dan juru haluan mengenai ikan di taman negara Pahang.

BERSAMBUNG….SABO YER…HARI KE2 LAGI BEST WOO….

PART 2 HARI KEDUA

sarapan pagi mee goreng yang disediakan oleh abg Bogo pekena dengan kopi ‘O’…baru segar..kami berpecah, kawan saya En. Azizan mengikut tekong menaiki boat ke lubuk Rawa yang terletak menghilir dan Muk juru haluan membawa kami berdua berjalan kaki naik ke atas lagi lebih kurang 5 minit ke Lubuk 5 minit.

Setelah mencari pot masing2, kami melontarkan joran dan memastikan joran diikat kuat dengan tali. Pot saya kali ini lebih menarik kerana kedudukan saya sedikit terlindung oleh pokok2 kecil. 3 joran saya gunakan dengan umpan lain2, iaitu sawit peram, cacing dan biskut ‘Ping Pong’.

Target saya ikan kelah , lampan dan tenggalan. Baru 5 minit kail saya umpan biskut bergarak tegang perlahan lahan…tegang…kendur…tegang..kendur…yesss…mengikut pengalaman saya…ikan tenggalan nie…sebab sifat ikan tenggalan ia akan menyedut makanan dan meluahkan kembali untuk merasa..dan bila tali tegang bermaksud ia tengah menyedut umpan, saya menyentap joran saya…alhamdulillah…melawan..mata kail dah kena…kuat juga tenggalan nie melawan tarikan pancing saya…5 minit Berjaya didaratkaan dan ya…ikan tenggalan lebih kurang 1 kg saiz nya…syukur…masukan talam tajul dan rendam dalam air.

Kesabaran yang tinggi membuahkan hasil..lebih kurang sejam, joran umpan sawit saya ditarik kuat sehingga tercampak ke depan, nasib baik saya ikat joran tersebut..melompat saya menyambar joran dan menyentap pancing….syukur..lekat ikan Cuma tak pasti ikan apa yang memakan umpan sawit rendam nie..kelah atau kejor atau lampam?…tak per,,,yang penting tarikan ikan sungai memang superbbb…lepas..tarik..layan…30 minit wooo..baru Berjaya menawan dan syukur lagi sekali…kelibat sisik merah keemasan dah nampak..raja ikan…kali nie kelibatnya rasa saya dalam 5kg…berdebar kencang woooo…besau baq hang…jangan Meletus tali udah ler…nangis wooo..dah la nampak kelibat sisik merah emas….pelan2 kayuh…Berjaya menaikan raja ikan lagi sekali…syukur…masukan tali ke dari mulut ke isang..ikat kemas2..tambat dalam air supaya hidup.

Dalam jam 1.00 tengah hari, kami bergerak balik ke khemah untuk siapkan makan tengahari. Hasil saya di Lubuk 5 minit, 1 ekor Kelah Merah, 2 ekor tenggalan, 2 ekor ikan baung (umpan cengkerik) manakala kawan saya, abg Atan Berjaya menawan 1 Kelah, 2 kejor, 2 baung. Sampai di khemah kawan saya yang ke lubuk Rawa, En. Azizan Berjaya mendapat 1 ekor sebarau (besar wooo..4kg), 3 lampan dan 3 kejor. Tekong menyiapkan makan tengah hari, Muk menyiang ikan2 dan menyalai manakala kami mandi dan solat zohor…berehat dulu kumpul tenaga…hehehe..misi akan diteruskan selepas makan tengah hari…

Misi  diteruskan tapi kali ini kami menukar arah, saya mengikut tekong kehilir menaiki bot kerana saya ingin mencuba Teknik casting pula..ingin mencari Sebarau dan Toman Bunga. Manakala En. Azizan dan Abg Atan berpecah mencari lubuk yang dekat dengan tapak khemah kami.

Kami menaiki bot dan sepanjang mudik turun saya menggunakan beberapa jenis mata kail casting, memula saya gunakan mata kail kilat. Mencuba nasib casting dari tebing sungai menarik ke bot tengah sungai, namun nasib tidak menyebelahi saya…saya menukar mata kail casting jenis rapala berbentuk anak ikan berwarna merah yang dibeli online Facebook dari Findland. Selepas 4-5 kali mencansting..zappp…merencik air sungai bila sebarau mengejar dan memakan mata kail rapala saya..bermulalah episod Tarik, lepas, tahan…10 minit sebarau lebih kurang 2 kg Berjaya di naikan..boleh tahan daya tarikan ia…berpusing bot mengikut arah tarikan sebarau.

Misi diteruskan sehingga le lubuk Rawa. Sampai di sana saya turun dari bot menuju ke lubuk Rawa, mencari pot yang sesuai untuk casting. Mencuba beberapa kali tapi kali ini ikan dah tahu..hehehehe..tak per…kita cub acara lain.

Berbekalkan umpan anak ikan keli hidup yang kami bawa, lebih kurang 300 gram saiz, saya menyangkut mata kail di bahagian ekor anak ikan keli dan mencampak ke tengah lubuk. Joran di pacak dan diikat kemas dan menanti agar Toman Bunga memakan umpan kerana dimaklumkan bahawa Toman Bunga amat ‘Marah’ kepada anak ikan keli.

Memang betul, tunggu tak lama, lebih kurang 30 minit, bergegar kuat joran saya disambar Toman Bunga…perghhh…kuat betul Toman Bunga nie melawan, berdesit desit bunyi drag ditarik, kalau lama mau jem mesin pancing nie…akhirnya Berjaya didaratkan Toman Bunga, patut habis tenaga bermain…9kg rupanya Toman Bunga..semacam dah bunyi mesin joran nie.. patut nama Toman Bunga, cantik betul coraknya..berbunga bunga..

Kami bergerak balik ke khemah dan masa mudik naik Berjaya menaikan lagi 2 ekor Sebarau, tak besar..1kg lebih seekor. Sampai di khemah lebih kurang jam 6.00 petang dan En. Azizan dan Abg Atan masih setia menunggu joran masing2.

Hasil untuk hari nie, 2 kelah (tak besar..hampir 1 kg lebih seekor), 5 ekor kejor, 3 ekor lampan, 3 ekor sebarau dan 1 ekor Toman. Muk menolong kami menyiang dan menyalai ikan2 tersebut.

Hujan turun lebat malam tu selepas kami selesai makan malam. Perbualan dengan tekong memaklumkan kalau hujan turun lama dan air keruh, peluang mengail ikan kelah amat tipis dan boleh mencuba nasib dengan menggunakan umpan cacing. Namun kalau air keruh, banyak ikan baung akar akan keluar. Rupanya malam itu hujan sehingga ke pagi.

JANGAN LUPA BACA PART 3 YER…..

PART 3 HARI KETIGA

Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh tekong, hujan masih renyai2 dan kami masih dalam selimut sambal menghirup Kopi O mengadap sungai memikirkan apa misi kami seterusnya…

Lebih kurang jam 10 pagi baru hujan berhenti dan kami membuat keputusan untuk memburu baung di lubuk 5 minit. Oleh kerana sudah lewat, kami membawa bekal roti bilis yang kami beli awal dan tak lupa nescafe panas yang dimasukan ke dalam botol air mineral (Jungle Style…hehehehe).

Setelah sampai di lubuk 5 minit, kami menggunakan umpan cengkerik, cacing dan anak ikan yang telah dikerat lebih kurang ½ inchi yang tekong kami carikan pagi semasa hujan tadi.

Air sungai besar sikit dari semalam dan keruh dari semalam, tak sampai 10 minit membaling umpan, pancing masing2 kuat disentap baung akar. Hingga petang kami memancing di 3 lubuk (Petir, 5 minit dan depan khemah) dan mendapat lebih kurang 9 ekor baung akar, menurut tekong kami kalau la ada umpan perut ayam mau lagi banyak dapat baung.

Ikan tersebut 3 ekor kami bakar garam kunyit cicah dengan air asam lada dan chili kicap bawang yang disediakan oleh tekong dan selebihnya kami salai untuk dibawa balik. Perghhh..tak sedar 3 kali tambah…kikikiki…

PART 3 HARI KEEMPAT

Selepas sarapan pagi nasi goreng, kami mengemas bag pakaian dan mencuba nasib sekali lagi tapi kali ini hanya lubuk didepan khemah sahaja…air masih keruh namun tidak la membangau…kikiki…En Azizan mendapat 3 ekor baung, abg Atan 2 ekor lampan sebesar tapak tangan dan saya sendiri 3 ekor ikan Terboi (Umpan saya guna sawit rincih Panjang dan disangkut kepada 2 mata kail sekali). Boleh tahan daya sentapan ikan Terboi nie, mula2 ingat kelah menarik.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, tekong dan juru haluan telah siap kemas tapak khemah dan barang2 telah dimasukan ke dalam bot, kami bergerak turun dan perjalanan turun kurang kami turun disebabkan air sungai yang sedikit besar.

Bermula dari Kuala Perkai tekong mematikan engine bot dan menggunakan pendayung untuk memudik bot, kami mencuba casting sepanjang perjalanan turun, namun nasib tidak menyelebahi kami, tiada hasil kali ini…mungkin keadaan air yang keruh menjadi punca.

Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Jetty Kuala Tahan jam 3.30 petang dan sekali lagi kami kena melaporkan diri di Rakit Jabatan Perhilitan untuk memaklumkan berapa ekor dapat dan jenis ikan yang dapat.

Selepas siap tekong menghantar kami semula ke jetty untuk kami mengambil kereta. Sebelum bergerak balik, kami mengajak tekong dan juru haluan untuk minum dan makan di Rakit terapung di situ sambil bertanyakan tempat2 lain yang menarik untuk misi memburu kelah merah dan jenis2 lain.

Kami amat tertarik dengan misi memburu raja ikan di Jeram Perahu, lebih jauh dan lebih mencabar perjalanannya.  Kami bergerak balik ke Gombak dan sampai lebih kurang jam

Ini sahaja pengalaman saya dan kawan2 memancing di Lata Said Sungai Keniam Taman Negara Jerantut Pahang. Pengalaman yang kami tidak akan lupakan dan sudah pasti akan datang lagi dan mungkin lepas ini Jeram Perahu misi kami yang akan datang, atau sungai Kuala Sat.

NANTIKAN…………

Episod Pengenalan – Normie Aktar Sari di Taman Negara

Dalam episod pengenalan ini, Normie sangat teruja untuk berkongsi kisah dan menceritakan pengalaman Normie sepanjang Normie berada di Asia Camp Taman Negara. Malah, apa yang membuatkan Normie sangat teruja adalah di mana ini adalah buat pertama kali dalam hidup Normie menjejakkan kaki ke Taman Negara.

Normie memulakan perjalanan dengan menaiki kereta bersama suami dan anak-anak dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Tanah Rata, Cameron Highlands ke Taman Negara. Sepanjang perjalanan, Normie melalui jalan kampung yang tenang dan tiada kesesakan lalu lintas, dan setelah 4 jam perjalanan Normie dan keluarga sampai dengan selamat di pintu masuk Asia Camp Taman Negara.

Welcome to Asia Camp Taman Negara

 

ABADIKAN KENANGAN DI SINI

Bersambung kembali dalam topik episod pengenalan ini, usai meletakkan kereta, Normie terus ke bahagian pendaftaran dan berjumpa dengan Tuan Hassan selaku Pengurus Besar di sini. Dan seperti biasalah, orang Cameron bila turun sahaja ke bawah keadaannya pasti tak ubah seperti cacing kepanasan, Jadi perkara pertama yang kami lakukan adalah check in dalam bilik terlebih dahulu untuk proses menyejukkan badan dengan menggunakan aircond.

BILIK YANG LUAS DAN SELESA

Selepas melelapkan mata dan berehat, Normie pun memulakan eksplorasi. Tetapi oleh kerana lawatan kali ini adalah begitu singkat dan Asia Camp Taman Negara ini juga mempunyai keluasan yang besar jadi Normie tak berkesempatan untuk menjelajah ke seluruh kawasan.

Jadi, untuk episod pengenalan ini, apa yang dapat Normie kongsikan dan simpulkan untuk anda para pembaca semua adalah ;

  1. Premis Asia Camp Taman Negara ini adalah sebagai transit bagi mereka yang bercadang untuk pergi ke Taman Negara kerana jarak yang sangat dekat di mana hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit.
  2. Lokasi yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat family day, malah juga sesuai bagi sebarang acara ringkas seperti jamuan perpisahan jabatan, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan juga tempat yang menarik untuk kursus dan seminar.
  3. Makanan juga disediakan. Boleh rujuk pakej-pakej katering yang sering diupdate dalam facebook dan instagram tamannegara2u.
  4. Pemandangan indah yang dipenuhi dengan kehijauan alam sekitar malah boleh dengar bunyi burung berkicau di waktu pagi.

Jambatan gantung untuk ke resort di seberang.

RUANG DINING DAN PENDAFTARAN

Setakat ini sahaja untuk episod pengenalan kali ini, dan untuk artikel yang seterusnya Normie akan berkongsi pengalaman tentang aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dijalankan di Asia Camp Taman Negara.

TRAVEL! YOUR MONEY WILL RETURNED TO YOU BUT YOUR TIME CAN’T – JACKIE CHAN

Hidupan Liar Di Taman Negara

Taman Negara adalah hutan hujan tropika tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai khazanah fauna yang menakjubkan dan tidak dapat dilihat di kawasan bandar. Ia menjadi lokasi yang sering dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi dan juga yang gemarkan aktiviti-aktiviti yang mencabar.

Tahukah anda, di sini terdapat beberapa jenis haiwan liar yang mendiami kawasan hutan di Taman Negara ini? Walaupun begitu, haiwan-haiwan ini tidaklah mudah untuk ditemui di sini. Sekiranya anda terserempak dengan haiwan liar ini, sememangnya itulah rezeki bonus untuk anda.

Antara 3 jenis haiwan liar yang tinggal di Taman Negara adalah:-

 

1. Kerbau

Jika anda menyeberangi sungai dengan menaiki bot atau menyusuri jeram, anda mungkin akan terlihat sekawan kerbau liar sedang berendam di dalam air. Berendam di dalam air yang dalam adalah rutin kebiasaan mereka untuk menyejukkan badan. Kerbau ini mempunyai susuk tubuh yang tegap, berkulit gelap, wajah yang panjang, dan tanduk mereka tumbuh sama ada ke atas atau pun ke bawah. Anda perlu berhati-hati agar tidak menghampiri mereka kerana gangguan dari kehadiran manusia mungkin akan membuat mereka menjadi agresif atas dasar ingin melindungi diri mereka.

 

2. Burung Merak Pongsu

Juga dikenali sebagai burung Kuang Pongsu. Saiznya sederhana dan mempunyai ekor yang pendek di mana ia mempunyai 22 lembar bulu. Burung merak pongsu ini juga mempunyai mata seakan-akan warna zamrud yang berkilau. Bulu sayapnya berwarna keperang-perangan bersama bintik-bintik hitam, serta jambulnya panjang berwarna hijau zamrud. Mukanya botak tiada bulu dan berwarna merah. Burung jenis ini telah disenaraikan sebagai spesies terancam didlam senarai IUCN.

 

3. Burung Enggang

Anda dapat menemui pelbagai jenis burung enggang yang berlegar dan terbang di sekitar Taman Negara terutamanya di kawasan Kuala Tahan dan Kuala Terenggan. Lokasi yang sesuai untuk melihat burung yang mempunyai perlbagai warna bersama paruh yang besar, terbang ke sana ke mari dari pohon ke pohon adalah di Kuala Tahan. Burung enggang ini membina sarangnya di pohon-pohon yang besar. Maka kerana aktiviti penghutanan yang berleluasa di Malaysia, bilangan burung enggang kini semakin berkurangan. Syukur kita mempunya Taman Negara yang terpelihara dan dilindungi dari aktiviti rakus manusia. Di antara tujuh spesies burung enggang, anda mungkin akan mudah menjumpai Burung Enggang Papan dan Burung Enggang Badak.

Apa Perlu Anda Pakai Di Taman Negara?

Apa Perlu Anda Pakai Di Taman Negara?

Tips pertama

Pakaian adalah salah satu alat yang penting dalam memainkan peranan sebagai pemudah cara di samping menjadi melindungi tubuh badan dan memelihara haba.

Setiap aktiviti memerlukan pakaian yang sesuai. Jika anda ke pejabat, maka anda perlukan pakaian yang sesuai untuk situasi pejabat. Begitu juga jika anda ke Taman Negara dimana anda akan melakukan aktiviti yang memerlukan anda bermain tanah, air, panas matahari, ancaman serangga dan kesejukan di waktu malam.

Penting untuk anda ketahui dan merancang jenis pakaian yang sesuai dan tepat untuk beraktiviti di Taman Negara Pahang ini. Tambahan lagi, Taman Negara adalah hutan hujan tropika yang beriklim panas lembab.

Tips kedua

Antara keperluan pakaian yang anda perlu tahu untuk beraktiviti di hutan adalah :-

1. Fabrik pakaian jenis menyerap peluh dan cepat kering.

2. Menutupi kaki dan tangan jika tak mahu diserang gigitan serangga seperti nyamuk dan pacat.

3. Kasut yang menutupi buku lali.

4. Kasut sandal untuk tujuan berjalan di sekitar tapak perkhemahan untuk aktiviti berehat atau santai atau menaiki bot.

5. Pakaian yang mengekalkan haba ketika di waktu malam

6. Baju hujan.

7. Cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada cahaya matahari yang terik.

8. Topi.

9. Pakaian yang ringan dan tidak mengambil banyak ruang di dalam beg.

Tips ketiga

Tip paling penting dalam memilih jenis pakaian untuk beriadah di dalam suasana hutan dan bersungai adalah memilih pakaian yang ringan dan cepat kering. Aktiviti meneroka hutan atau berkhemah sememangnya menyeronokkan. Namun anda perlu bersedia untuk menghadapi cuaca hujan panas yang sememangnya sudah sinonim dengan negara kita Malaysia, sama ada siang atau malam.

Seperkara lagi, harus dielakkan memakai kasut but yang lapisan kalis air. Kaki anda memerlukan kasut yang mempunyai aliran udara yang baik. Pakailah kasut yang direka khas bagi tujuan kembara hutan.

Impak dari memakai pakaian yang sesuai ketika aktiviti di Taman Negara adalah sangat besar kerana keselesaan mampu mencipta pengalaman yang menyeronokkan!

Berkhemah di Taman Negara

 

Cipta pengalaman baru bersama rakan-rakan melalui aktiviti berkhemah di Taman Negara Pahang. Bukan sahaja anda dapat berehat sebentar dari kesibukan bekerja, anda juga dapat menikmati keseronokan beraktiviti bersama rakan-rakan, sambil menikmati suasana yang mendamaikan jiwa.

Sekali-sekala, cabaran yang menyeronokkan dapat memberikan nafas baru dalam corak hubungan sesama rakan anda.

Aktiviti berkhemah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan pembinaan kemahiran hidup yang boleh dipelajari. Di samping itu, ia membantu membentuk hubungan yang kuat sesama individu di dalam sesebuah kumpulan mampu terjalin melalui proses persediaan, meluangkan masa bersama memasak, mandi-manda di sungai dan banyak lagi.

Melihat persekitaran yang hijau, mendengar bunyi cengkerik, burung-burung dan juga deruan air sungai dapat membantu meredakan tekanan emosi, mengubati depresi dan kesedihan.

Aktiviti berkhemah bukan sahaja boleh dilakukan dengan rakan-rakan, tetapi juga ahli keluarga, dan juga rakan sepejabat kerana manfaatnya sangat efektif dalam meningkatkan kualiti hubungan sesama ahli pasukan.

Antara manfaat yang boleh didapati melalui aktiviti berkhemah :-

 

1. Menguatkan hubungan sesama individu

Disinilah ruang yang bagus untuk berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan tanpa gangguan luaran. Kualiti komunikasi sesama individu dapat diperbaiki melalui aktiviti berkhemah.

 

2. Menghirup udara segar

Udara bandar tidak sebersih udara dihutan dimana pohon-pohon menghijau mneghasilkan oksigen yang lebih segar untuk anda bernafas. Di dalam aktiviti berkhemah, anda dapat menghidu bauan yang segar dari alam semula jadi yang menyegarkan deria anda serta bau masakan yang dimasak menggunakan kayu api.

 

3. Meningkatkan rasa gembira

Kualiti mood anda dapat ditingktkan melalui aktiviti berkhemah. Hormon serotonin yang berperanan memberikan rasa gembira yang dihasilkan semasa anda melakukan aktiviti ini. Sinaran matahari, oksigen yang  lebih, serta aktiviti fizikal yang terlibat dapat memenuhi keperluan ini.

 

4. Meningkatkan kemhiran mengurus

Walaupun aktiviti memasang khemah tidak terlibat setiap hari, tetapi cabaran baru ini dapat mencipta pengalaman baru dan mengekalkan kesihatan otak yang membantu cara berfikir mengurus situasi yang lebih efektif.

 

Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk aktiviti perkhemahan adalah:;-

1. Tapak perkhemahan Mutiara Taman Negara

2. Tapak perkhemahan Dakili

3. Tapak perkhemahan Dan’z Travel

4. AsiaCamp Resort

5. Lubuk Tenor

6. Sepanjang Sungai Tembeling

7. Gua Kepayang Besar

 

 

Mengapa Taman Negara Merupakan Medium Team Building Terbaik?

Dalam usaha kita untuk mengubah sesuatu, mestilah dimulakan dengan kesedaran. Kesedaran ini boleh dimulakan dengan merasakan sendiri pengalaman sebenar sesuatu proses.

Setiap organisasi yang kukuh dan berjaya adalah hasil dari kesatuan pasukan yang kukuh dan budaya bekerja berpasukan yang efektif. Seperti semut, di mana mereka mempunyai ahli yang sangat ramai namun sistematik dan setiap ahli mempunyai peranan masing-masing.

Membawa pasukan anda kembara ke alam semula jadi dapat mengembalikan fitrah jiwa, dapat menghirup udara bersih serta menyegarkan fizikal, mental dan rohani.

Taman Negara Pahang adalah lokasi alam semula jadi terbaik untuk aktiviti team building anda. Tahap cabaran yang wujud di setiap sudut juga berbeza untuk setiap lokasi bergantung kepada target dan kemampuan peserta.

Terdapat banyak jenis aktiviti bersama alam semula jadi yang boleh memberikan pengalaman yang efektif dalam mendidik kesedaran. Anda boleh dapatkan pakej semua dalam satu di Taman Negara di mana semua yang anda perlukan, ada di sini.

Selain dari kehijauan persekitarannya yang menyegarkan, aktiviti yang disediakan bakal memerlukan anda bergerak dan bertindak sebagai sebuah pasukan.

Antara proses yang terlibat dalam pembentukan pasukan yang efektif adalah seperti berikut:-

1. Memahami objektif, misi dan visi sesebuah pasukan.

2. Membuat perancangan.

3. Pembahagian peranan dan tugas kepada setiap ahli.

4. Menjaga kebajikan setiap ahli.

5. Mendidik sikap amanah, disiplin dan bertanggungjawab.

6. Menanam rasa empati terhadap sekeliling.

Aktiviti seperti berkhemah, mendaki gunung, meneroka hutan dan gua-gua, merentas jeram, melawat perkampungan orang asli, berkelah dan menikmati keindahan alam, mampu mengharmonikan suasana hubungan antara individu melalui pengalaman yang menyeronokkan walaupun penat dan mencabar. Di samping itu, dapat membina kemahiran untuk saling bekerjasama bagi memastikan objektif aktiviti tercapai dan keselamatan dipelihara.

Sekali anda alami pengalaman pertama di Taman Negara ini, pastinya anda akan mahu datang sekali lagi. Kepuasan dan pengalaman yang anda rasakan di akhir ekspedisi, akan membentuk suasana dan perasaan yang baru di tempat kerja anda.

Annual Dinner Theme

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Majlis makan malam : Annual dinner theme

  1. Persiapan untuk mengendalikan majlis untuk pejabat yang kecil mungkin mudah kerana mempunyai kakitangan yang sedikit tetapi jika kakitangan yang ada mencecah bilangan ratusan, bagaimana harus anda mulakan?
  2. Supaya tidak tersasar daripada matlamat dan objektif syarikat, sebelum anda menganjurkan sesuatu majlis, anda harus membuat kertas kerja dahulu untuk kelulusan daripada pihak pengurusan.
  3. Merancang majlis annual dinner memerlukan banyak perancangan. Namun apabila semuanya disusun dengan baik, perancangan annual dinner akan menjadi lebih teratur.
  4. Kertas kerja haruslah mengandungi
  • Objektif secara ringkas
  • tema dan pakaian, Annual dinner theme & annual dinner dress
  • Latar belakang projek
  • Bajet majlis secara keseluruhan
  • Bajet dengan memasukkan semua maklumat mengenai aktiviti yang bakal diadakan
  • kos setiap perkara secara terperinci.
  1. Edarkan satu memo dahulu melalui e- mail ataupun edaran di dalam pejabat tentang majlis yang bakal diadakan. Maklumkan bahawa nama kakitangan dan pasangan yang ingin hadir akan diambil dalam masa terdekat dan semua kakitangan diminta membaca e-mail masing-masing untuk mengetahui perkembangan terkini.
  2. Dalam masa 2 hari, edarkan e-mail beserta borang jawapan kepada semua kakitangan dan beri mereka masa selama seminggu untuk mencetak borang jawapan dan mengahantarkannya ke jabatan anda untuk direkodkan. Setelah tamat tempoh yang diberikan, kira semua nama daripada jumlah ini, mudah bagi anda untuk mengetahui saiz sebenar majlis tersebut. Jika sambutan menggalakkan, sudah pasti tempat yang lebih besar diperlukan.
  3. Tempat program bergantung kepada bajet yang diberikan oleh pihak pengurusan. Anda mungkin diberitahu bahawa bajet yang dibenarkan tidak melebihi 5 ribu ringgit, 10 ribu ringgit dan sebagainya. Langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan menelefon hotel- hotel, restoran dan dewan yagn ada untuk meminta sebut harga.
  4. Lazimnya, sebut harga yang dihantar akan mengandungi sebut harga untuk makanan yang akan disajikan.Pihak hotel atau restoran pasti akan memberikan beberapa pilihan dengan harga yang bersesuaian untuk anda pilih. Buat pilihan yang tepat dengan mengadakan perbincangan dengan semua ahli jawatankuasa untuki memilih menu dan tempat yang sesuai. Jangan beri terlalu banyak pilihan yang boelh mengelirukan pihak pengurusan. Memadai hanya diberikan 3 pilihan yang paling sesuai.
  5. Jumlah aktiviti adalah bergantung kepada bajet yang diluluskan oleh pihak pengurusan. Pilihan aktiviti adalah seperti jemput artis terkenal, kumpulan teater, pelawak atau persembahan muzikal istimewa. Pilihan aktiviti (kos skt): pertandingan karaoke, cabutan bertuah, permainan dan sebagainya
  6. Cenderamata, buah tangan atau door gift merupakan satu kemestian seperti
  • Goodie bag
  • kalendar meja
  • diari
  • pen
  • memo pad
  1. Jangan lupa tentang hiasan dewan, bayaran untuk pengacara majlis dan Hadiah-hadiah.
  2. Kerap terjadi apabila nama sudah diberkan, ada kakitangan yang tidak hadir di dalam majlis tanpa memaklumkan terlebih dahulu.
  3. Ini menyebabkan kerugian pada syarikat. Walaubagaimanapun, perkara ini boleh dielakkan.
  4. Apabila semua bajet telah siap, secara kasar anda dapat mengira kos untuk setiap kakitangan yang hadir. Katakan kos seorang adalah RM75. Maklumkan kepada semua kakitangan bahawa kedatangan akan diambil semasa door gift diberikan dan setiap mereka dan pasangan akan dikenakan bayaran penuh sebanyak RM75 seorang sekiranya mereka gagal untuk hadir.
  5. Dengan ini, walaupun kakitangan tidak hadir, pihak pengurusan tidak akan menanggung kerugian.
  6. Fikirkan tema yang menyeronokkan untuk semua kakitangan dan minta kerjasama mereka untuk mengikutinya. Ingat, theme for annual dinner akan menentukan tahap keseronokan majlis.
  7. Uruskan juga VIP dengan menghantar annual dinner invitation melalui memo atau surat jemputan. Kebiasaanya, vip mempunyai masa yang padat, jemputan awal akan membolehkan vip menyusun masa mereka. Pastikan semua info diberikan serentak kepada setiausaha mereka untuk mengelakkan salah faham.
  8. Setelah mereka memberikan jawapan sama ada hadir ataupun tidak, kumpulkan semua nama VIP yang akan hadir dan tentukan meja dan tempat duduk masing- masing.
  9. Setelah semua perkara telah diputuskan dan anda pasti tiada perubahan lagi, susunkan program majlis tersebut dengan terperinci. Pastikan cukup masa diberikan pada setiap acara yang dirancangkan. Tetapkan di atas kertas siapa yang akan menjadi orang yang akan membuat cabutan bertuah.
  10. Tempah kad jemputan untuk diedarkan kepada semua jemputan. Pastikan nombor cabutan bertuah juga turut dicetak pad kad untuk memudahkan kerja. Nombor cabutan bertuah juga boleh diberikan semasa pendaftaran.
  11. Selamat mencuba!
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

3 Aktiviti di Taman Negara yang mampu Membentuk Pasukan Yang Efektif

Latihan membentuk pasukan boleh membantu memupuk kemahiran komunikasi dalam kalangan ahli pasukan. Ia juga dapat membina kemahiran bekerjasama yang sangat baik.

Alam semula jadi boleh menjadi ruang pelbagai fungsi untuk melakukan aktiviti team building. Ia juga menyediakan suasana yang berbeza dari pejabat dan santai untuk ahli kumpulan saling berinteraksi serta untuk mengenali satu sama lain. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di dalam persekitaran alam semula jadi yang tidak boleh didapati di bandar.

Taman Negara Pahang adalah lokasi yang bagaikan pakej semua dalam satu. Ia mempunyai kehijauan, bersama kembara dan aktiviti yang memerlukan kerjasama ahli kumpulan, disamping kemudahan yang disediakan bagi mengoptimumkan lagi pengalaman team building anda.

Antara aktiviti di Taman Negara yang membina team building yang efektif adalah seperti:-

 

1. Ekspedisi hutan (jungle trekking) di Bukit Teresek dan Titian Kanopi

Dalam aktiviti ini, anda berpeluang membuat perancangan dan pembahagian tugas bagi memasang khemah, menghidupkan api, menyediakan makanan dan memanfaatkan sumber alam semula jadi.

 

2. Ekspedisi mendaki Gunung Tahan

 

Membentuk pasukan bagaikan mendaki sebuah gunung. Puncak gunung adalah misi yang ingin dicapai. Perjalanan sepanjang pendakian adalah proses yang perlu dilalui oleh semua ahli pasukan. Adalah sangat penting untuk semua ahli jelas akan misi dan jangkaan yang ingin dicapai bersama. Sepanjang proses, ahli harus saling membantu bagi mencapai puncak (misi) bersama dengan selamat. Dalam proses ini juga akan melibatkan peranan yang berbeza dari setiap ahli seperti mengurus pasukan, membawa peralatan khas, membawa peta atau GPS, menjaga masa, dan sebagainya.

 

3. River rafting di Taman Negara Kuala Tahan

 

Keistimewaan aktiviti ini adalah peserta harus bekerjasama untuk menempuh cabaran dari air sungai yang  deras dan melalui celah-celah batu yang besar. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana di sini anda dapat belajar mengawal keseimbangan bot, disamping menjaga keselamatan satu sama lain demi memastikan bot tidak terbalik dan sampai ke destinasi dengan jayanya.

 

Bak kata pepatah Melayu, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Pasukan yang kuat dan efektif adalah pasukan yang saling memahami dan saling membantu tanpa rasa penting diri demi mencapai misi dan visi yang sama.

 

Peranan Alam Semula Jadi Dalam Team Building

Persekitaran kita adalah lubuk pelajaran hidup untuk manusia pelajari dan aplikasikan di dalam hidup, membentuk ia sebagai prinsip peribadi atau pun prinsip semasa bekerja bersama individu yang lain. Ilmu dari alam semula jadi dapat digunakan ke dalam kerjaya dan membangunkan sesebuah pasukan (team building).

Dengan membawa aktiviti membina pasukan (team building) masuk ke dalam persekitaran alam semula jadi mampu mengembalikan semula fitrah diri setiap individu untuk berfungsi kepada tahap yang lebih optimum.

 

Manfaat Dari Alam

Dengan kembali kepada fitrah dunia dapat mengenepikan hiruk-pikuk bandar untuk sementara waktu, membenarkan diri kita mengakses diri dalaman, menikmati kehidupan saat kini seterusnya mencetuskan perasaan selesa dan tenang. Keadaan inilah yang membenarkan kita untuk melihat semula dunia dalam perspektif yang berbeza dan lebh segar.

Di dalam kesibukan kita kini yang berperang dengan kesibukan trafik, berkejaran menyiapkan kerja di pejabat, otak yang sentiasa memikirkan penyelesaian tugasan tidak kira masa, tidur yang terganggu, kepenatan akibat pulang lewat ke rumah, tidak memberikan kita banyak peluang untuk kita duduk sebentar dan bertenang. Kurang peluang untuk kita kosongkan fikiran sebentar untuk lihat dunia dari perspektif yang lebih besar.

Apatah lagi dengan keperluan dunia sekarang yang memaksa kita untuk sentiasa berdamping dengan telefon bimbit kerana notifikasi yang berterusan masuk.

Maka kerana situasi inilah, menjadi sebuah keperluan untuk kita berganjak keluar seketika dari segala kesibukan ini, dari pejabat, dari suasana kerja dan mula membina hubungan yang sebenar dengan manusia lain; hubungan mata, belajar memahami bahasa tubuh seseorang, dapa merasa emosi orang lain, empati, dalam reaksi kita berkenaan hubungan kita dengan seseorang.

Ia seperti, memutuskan hubungan dengan sesuatu untuk berhubung dengan sesuatu yang lain. Alam semula  jadilah penyambung anda kepada sesuatu yang lain itu.

Peranan alam semulajadi dalam membina pasukan (team building) yang hebat adalah sangat besar. Ia dapat menundukkan ego, membuka hati untuk lebih memahami dan menanggalkan rasa pentingkan diri supaya lebih bersifat empati untuk saling membantu satu sama lain.

Inner Jungle at National park

( 2 DAYS 1 NIGHT ) INNER JUNGLE at KEPAYANG CAVE, GUA KEPAYANG BESAR NATIONAL PARK

Hi Travellers…..are you looking for long trekking and sleep in the jungle ???

Here in Taman Negara National Park Pahang Malaysia offer this type of package. Let me explain and tips how it work and cost for you to plan the vacation in Taman Negara National Park Pahang Malaysia.

You can find a few Travel Agent counter

1st make sure you plan to stay at Kuala Tahan Taman Negara National Park for 4 days/3 nights or 3 days/2 nights. If you travel by public transportation or Travel Agent shuttle services, the first day you arrived at kuala tahan taman Negara national park will be around 4.00pm – 6.00pm, you need to stay 1 night.

But don’t worry, there got plenty of room to choose, got fan room, air conditional dorm (sharing is caring), room for 2 and Chalet. Rate range from RM 20.00 to RM 300.00, all depend to your pocket bro.. around kuala tahan taman Negara national park jetty you can find a few Travel Agent counter selling this 2 Days 1 Nights Inner Jungle Gua Kepayang Package (Price is RM 230.00 per person Include foods, water, camping gear, guide, boat, orang asli village), make sure you choose the company got licensed from Ministry of Malaysia Tourism and also the guide got green badge license.

At the Kuala Tahan Jetty

Depart to Wild Life Department (Jabatan Perhilitan)

Second day you will assembly at Travel Agent office around 9.00 – 9.30am to collect food, water, sleeping bag, roll mat and some can food. Normally when you solo traveller, you will join another people and max size of group not more than 12 people with 1 guide.

Make sure you bring hiking bag size 45L and above. If you don’t have bag or you got only your travel bag, don’t worry, you can rent a bag here and cost you RM 20.00 per bag.

Trust me, you need at least 45L and above bag, it to make sure you walk comfortable soon…after packing everything the guide with introduce himself and short briefing about safety and Jungle Law. Than depart to Wild Life Department (Jabatan Perhilitan), the government bodies control the Taman Negara National Park Pahang Malaysia. Prepared RM 1.00 for park entry permit and RM 5.00 for camera license.

Oh ya…forget to informed your guy, when you packing make sure you remember what and how much thing inside your bag, you need to fill up declaration form (just remember and write down). This is Taman Negara National Park law, what you bring inside the jungle, please bring back.

Than boat ride about 1 ½ hours up stream toward to kuala keniam, make sure use sun block cream to avoid your skin burn. Therte will be pack lunch along the way (very nice plain rice with chicken black soya sauce.) Arrived at Kuala Keniam Taman Negara National Park around 1.00pm and start trekking real jungle about 8.4KM (4-5 hours). The trek is not very challenging, suitable for all and not claimed high hill. But honestly you will sweat a lot, make sure you bring enough water.

You will enjoy trekking with beautiful flora and fauna, jungle in Taman Negara National Park Malaysia is the oldest rainforest in the world, you will find huge tree and very tall. We’re lucky we found a few group of monkey and bird along the way.

We arrived at Gua Kepayang Besar Kepayang Cave around 6.00pm. Woww….very beautiful cave with lot of ‘stalactite’ and ‘stalagmite’ and huge space.

After get briefing & instruction by our nature guide, we setting camp based inside the cave and few going out the cave to find fire wood.

Trek

Rest time at kepayang cave

The guide prepared dinner, he cook plain rice, chicken curry (in can), mix vegetable and hot coffee. While he prepared our dinner, we take a walk around inside the cave, our nature guide not allowed us to walk outside the cave because afraid of dangerous wild animals.

After dinner, our nature guide green badge tell us story about Taman Negara National Park Malaysia and his experience as a tourist nature guide.

Kepayang cave

Life of Orang Asli Bateq Taman Negara Pahang Malaysia.

Day 2 we wakeup around 8.00am and our breakfast already prepared by our nature guide (tea and coffee, jungle toast bread with coconut jam & fried egg). After clear our camp base, we start trekking back to kuala trenggan about 8KM (4-5 hours). Along the way as yesterday, our nature guide show and tell us many thing about the tree, plant and insect. Suddenly our guide stop, ask us to sit and quite while he slowly move ahead and look around, at same time we hear sound like tree/stick snapped.

Our guide call us to come to him slowly and ..”oh my god”, there are a group of elephant around 6-7 elephant just 150 meter front of us down the hill. About 15 minute waiting the elephant move ahead and gone inside the jungle. We continue our trekking and stop at small river for lunch.

Nature guide prepared fried noodle while we spend our time swimming. After lunch continue trekking about 1 hour and arrived at Kuala Trenggan Taman Negara National Park Pahang Malaysia around 4.00pm, the boat already wait for us and continue boat ride down to Orang Asli Village, stop to learn basic jungle survivor (blowpipe and making fire demo).

We spend at Orang Asli Village about 1 hour and get to know more about life of Orang Asli Bateq Taman Negara Pahang Malaysia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Continue boat ride back to Kuala Tahan Taman Negara Pahang via Sungai Tembeling River.

This time all of us getting wet, boat thru a few rapid (stream) and water splash in. We arrived at Kuala Tahan jetty around 5.30pm and after give back a camping gear borrow by us, we went back to our room to get shower.

After finish inner jungle activity

That night all of our group meet for dinner together with our guide to have a chit chat and share to buy our experience and knowledgeable guide a lunch.

This experience to explorer the oldest rainforest in the word at Taman Negara National Park Pahang Malaysia is very memorable and for sure I will tell all my friends who’re planned to visit Taman Negara National Park Kuala Tahan Pahang Malaysia. You can also visit tamannegara2u.com for more information about inner jungle.

Inner Jungle