Moh Hogoh Taman Negara Khas untuk Warga Pahang

ūüŹĀMoh Hogoh Taman Negara Khas untuk Warga Pahang !!!

‚Ė∂ÔłŹDatang bersama keluarga tercinta.

‚Ė∂ÔłŹOffer khas untuk Warga Pahang wehhh..bilik Chalet Kayu kami 60% potongan..Ya betul !! 60% POTONGAN..
Pepalih murah weiii..

#ÔłŹ‚É£Offer stay dari Sekarang sehingga 18 Mac 2021 sahaja..

#ÔłŹ‚É£Apa yang boleh dibuat di sini ???

‚úÖPelbagai aktiviti boleh kami aturkan di sini seperti menaiki bot ke Lata Berkoh
‚úÖmandi manda dan berkelah bersama keluarga
‚úÖmelawat dan memberi makan ikan Kelah Merah yang bersaiz Mega
‚úÖMenaiki bot kayu traditional mengharungi jeram sungai Tembeling
‚úÖ Belajar menyumpit dan menghidupkan api dengan Orang Asli kaum Batek
‚úÖMenaiki Canopy Walkway (Jambatan Gantung terpanjang)
‚úÖMemancing di sungai Tembeling hanya di depan Resort, bawa jer joran anda (Whatsapp ker kami, Tips dan umpan akan kami bagitau anda)

‚ĚáÔłŹ Makan Minum???

ūüÜó Tak perlu risau, pihak resort juga boleh menyediakan makan minum anda dan boleh bincang semasa anda check-in..kalau nak cuba makan dan minum di luar Resort juga kami akan bagitau anda..

ūüíüResort kami, AsiaCamp Taman Negara menawarkan khidmat nasihat secara percuma

‚úÖParking kereta yang luas dan selamat secara percuma di dalam kawasan Resort kami.

www.wasap.my/60143100014/KoiAnakPahang

2 HARI 1 MALAM PAKEJ SANTAI FISHING DI TAMAN NEGARA PAHANG

2 HARI 1 MALAM PAKEJ SANTAI FISHING DI TAMAN NEGARA PAHANG

 

Kali ini kami ingin menceritakan tentang pakej 2 Hari 1 Malam ‚ÄėSantai Fishing‚Äô di Asia Camp Resort Taman Negara, Jerantut, Pahang. Pakej ini termasuk bilik penginapan samada bilik kipas atau Chalet Berhawa Dingin, bergantung dengan budget anda, termasuk makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari dan juga nasihat percuma tentang umpan dan teknik yang sesuai untuk ikan di sungai Tembeling/Pahang.

 

Anda boleh check-in masuk seawal jam 2.00 petang, Pegawai kami akan menunjukan Kawasan/port memancing yang terletak hanya di hadapan Resort, turun tangga lebih kurang 50 meter dan terdapat Kawasan berpasir luas di hadapan lubuk yang telah kami letak umpan rendam bagi menarik ikan ikan ke lubuk ini. Anda juga akan diberi nasihat umpan yang sesuai dengan spesis ikan yang ada, tapi kami yakin anda kaki pancing tegar lebih arif tentang umpan, jadi kita boleh berkongsi idea dan pendapat.

 

Untuk keselesaan anda memancing jika anda bercadang memulakan lontar joran anda pada tengah hari, anda dinasihatkan membawa khemah pancing untuk dipasang di Kawasan berpasir tersebut, sekiranya anda tidak ada, pihak Resort ada menyediakan sewa khemah pancing dengan kadar RM 10.00 seunit sahaja.

 

Untuk persediaan umpan dan peralatan memancing, ikan ikan yang terdapat di sungai Tembeling ialah Baung, Kerai, lampam, Tenggalan, Patin, kelah, Khederak, Lawang, Daun, Tembelian dan Udang Galah. Umpan yang kami syorkan anda bawa adalah Sawit Peram, Biskut Ping Pong, Pilet Ikan (Mata Bom), Cacing Tanah, Chengkerik, Lipas, Umpan Busuk.

 

Anda juga boleh memancing bermula pada masa anda sampai, malam dan pagi. PIhak Resort akan membantu anda mendapatkan beberap batang kayu kering untuk anda nyalakan sebagai unggun api sekiranya anda berhasrat memancing di malam hari (Bawa lampu suluh). Anda akan dapat menyaksikan keindahan langit dan bintang2 di angkasa sambil dibuai kesejukan angin malam sekiranya malam tersebut cuaca cerah.

 

Semua makan minum anda seperti jadual program adalah di Restaurant Resort yang mengadap sungai. Sekiranya anda datang bersama keluarga, bagi ahli keluarga anda yang kurang minat memancing, boleh berehat di bilik atau duduk di Restaurant kami sambil melihat anda memancing. Ahli keluarga anda juga boleh melakukan aktiviti lain sementara anda memancing seperti ‚ÄėJungle Trekking & Canopy Walkway‚Äô, ‚ÄėRapid Shooting‚Äô ‚ÄėVisit Orang Asli Village dan ‚ÄėBoat Ride to Lata Berkoh & Kelah Fish Feeding‚Äô. Anda tidak perlu risau kerana pihak Resort akan menguruskan sepenuhnya aktiviti ini, di mana kami akan menghantar dan mengambil ahli keluarga anda yang membeli pakej aktivi lain.

 

Hari Pertama

02.00ptg – Daftar masuk, kami akan bertemu dengan anda untuk berkongsi tip2 & sesi Memancing

07.30ptg – Makan Malam & Memancing

 

Hari Kedua

7.30pagi – Sarapan Pagi & Memancing

12.00t/hari – Daftar Keluar & Makan Tengah Hari

 

Untuk makluman lanjut boleh hubungi Pegawai kami atau layari laman web kami untuk harga istimewa kami tawarkan.

Resort di Taman Negara

 10 RESORT DI TAMAN NEGARA PAHANG

  • ASIA CAMP TAMAN NEGARA

Salah satu resort di Taman Negara adalah AsiaCamp Taman Negara. Mempunyai kepelbagaian pilihan Chalet kayu seperti Twin Chalet, Triple Chalet, Quad Chalet, Family Chalet, Networking Fan Room dan Dorm. Juga mempunyai kemudahan restaurant dan dewan mesyuarat. Semua Chalet dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, cerek elektrik dan TV. Resort yang terletak di Kawasan perniagaan Pasdec, Kawasan tedapat banyak kedai runcit, kedai barangan basah, kedai kedai makan dan kedai ‚ÄėHardware‚Äô. Kedudukan Chalet Chalet atas bukit dengan pemandangan Sungai Pahang dan bukit bukau. Terdapat juga beberapa buah chalet yang terletak di pulau dan dihubungkan dengan Jambatan Gantung.

  • MUTIARA RESORT

Resort ketegori 4 bintang yang terletak di dalam Kawasan Taman Negara Pahang, mempunyai pelbagai pilihan jenis chalet seperti Twin Chalet, Superior Chalet dan

Family Chalet. Mempunyai  restaurant/café bagi kemudahan pengunjung mendapatkan makan dan minum dan dewan mesyuarat di dalam Kawasan Resort. Dikelilingi oleh hutan Taman Negara dan terdapat banyak binatang liar berkeliaran seperti monyet, babi hutan, tupai, burung dan lain lain. Untuk sampai ke Mutiara Resort, pengunjung kena menaiki bot crossing dan menaiki tangga yang agak tinggi.

  • XCAPE RESORT TAMAN NEGARA

Resort yang terletak di Kuala Tahan berhampiran dengan jeti ke Taman Negara Pahang. Berkonsepkan bilik bilik yang mempunyai 3 pilihan seperti Bilik Berdua, Bilik Bertiga dan Bilik Berempat. Semua bilik dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Xcape Resort juga mempunyai kemudahan tempat makan, kedai cenderahati dan dewan mesyuarat. Pemandangan bukit bukau dan sungai kecil mengalir di dalam Kawasan resort.

  • MAHSEER CHALET

Terletak di tepi sungai Pahang berdekatan dengan jeti Kuala tahan. Chalet berpenghawa dingin diperbuat daripada kayu dan mempunyai pilihan bilik seperti bilik berdua, berempat dan bilik kipas. Juga terdapat kedai cenderahati dan restaurant.

  • TERESEK MOTEL

Terletak betul betul di jalan turun ke jeti Kuala Tahan. Berkonsepkan motel dengan banggunan 3 tingkat. Bilik berdua penghawa dingin dan lebih sesuai untuk pasangan atau bilangan kumpulan bujang yang kecil.

 

  • DANZ TRAVEL ECO RESORT

Terletak lebih kurang 5km dari jeti Kuala Tahan dan laluan masuk ke Danz Eco Resort adalah dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak Resort. Berkonsepkan Resort di dalam hutan, Danz Eco Resort dikelilingi oleh hutan hijau dan sungai Pahang. Penginapan yang disediakan adalah dalam bentuk Capsule Twin & Family, Bilik type A, Glamping dan Khemah. Juga disediakan kemudahan tempat makan.

  • TEBING GUEST HOUSE

Juga terletak berdekatan dengan jeti Kuala Tahan dengan pemandangan Kawasan kampong dan sungai Pahang,. Banggunan 2 tingkat dengan pilihan pilik penginapan berdua dan bertiga serta berhawa dingin. Berkonsepkan ‚ÄėGarden‚Äô dan ‚ÄėFamily‚Äô, Kawasan guest house dihiasai dengan pokok pokok bung ataman yang menarik dan meja kerusi untuk pengunjung santai Bersama. Juga disediakan kemudahan tempat makan.

  • BALAI SERAMA GUEST HOUSE

Terletak dalam Kawasan kampung dan bersebelahan dengan sungai Pahang. Berkonsepkan ‚ÄėGarden‚Äô dan dilengkapi dengan landskap yang menarik, laluan jalan kaki dan bunga bunga yang segar. Kawasan Guest House yang sunyi dari deruman kenderaan dan dilengkapi dengan bilik penghawa dingin dengan pilihan bilik berdua dan bilik keluarga. Restaurant yang menghadap sungai Pahang dengan pilihan menu barat atau melayu.

  • ABOT GUEST HOUSE

Terletak berhampiran dengan jalan turun ke jeti Kuala Tahan. Bilik berhawa dingin dengan pilihan bilik berdua, bertiga dan berempat. Dikelilingi dengan kedai kedai runcit dan gerai gerai makan. Berkonsepkan ‚ÄėNot Disturb‚Äô, pelancong boleh membuat pilihan samasa hendak dikemas bilik atau Cuma ditukar tuala sahaja sekiranya menginap lebih dari 1 malam.

  • DURIAN CHALET

Dibina oleh penduduk tempatan di dalam Kawasan kebun Durian. Bilik kayu yang dilengakapi dengan kemudahan kipas dan sesuai untuk yang mendambakan kedamaian kerana jauh dari kesibukan kenderaan dan orang lalu Lalang. Juga disediakan kemudahan tempat makan bagi yang tidak hendak makan di Kawasan jeti Kuala Tahan yang terletak lebih kurang 3km dari Chalet.

  • NUSA VILLAGE RESORT

Terletak di dalam Kawasan hutan dan tepi sungai Pahang. Untuk ke Resort pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menggunakan khidmat Resort samada melalui jalan darat atau dengan bot melalui sungai. Dilengkapi dengan beberapa pilihan Chalet kayu seperti Chalet Berdua, Berempat atau Asrama, semua bilik hanya kipas dan tiada penghawa dingin disediakan. Restaurant yang menghadap sungai Pahang dengan menu melayu.

  • HOLIDAY VIEW INN

Terletak atas bukit dengan pemandangan bukit bukai dan Kawasan kampung berhampiran. Kedudukan lebih kurang 2km dari jeti Kuala Tahan dan Kawasan gerai makan, jadi lebih mudah kalau mempunyai kenderaan sendiri. Bilik berpenghawa dingin pilihan bilik berdua atau berempat. Juga disediakan bilik kipas bagi yang mempunyai budget yang rendah.

  • TRV MOTEL

Kedudukan lebih kurang 2km dari jeti Kuala Tahan dan gerai makan, namun pihak motel menyediakan kemudahan hantar dan ambil bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Motel sendiri mempunyai restaurant bagi yang tidak mahu ke jeti Kuala Tahan. Semua bilik hanya disediakan kipas dan pilihan bilik lebih kepada bilik bertiga.

  • AGOH CHALET

Chalet yang berhawa dingin dengan pilihan bilik berdua dan berempat. Terletak hanya 200 meter dari jeti Taman Negara dan dilengkapi dengan tempat letak kereta.

 

 

Bercuti di Taman Negara

Bercuti di Taman Negara

Sudah lama kami rancang ingin bercuti di Taman Negara. Kali ini kami memilih Taman Negara Pahang sebagai lokasi percutian kami sekeluarga. Selepas meneliti beberapa laman web dan tips melancong berkenaan Taman Negara Pahang, kami membuat keputusan untuk memilih Asia Camp Resort sebagai pilihan tempat penginapan kami.

Untuk makluman di Taman Negara terdapat beberapa pilihan penginapan bergantung kepada citarasa dan budget masing-masing seperti Mutiara Taman Negara, Xcape Resort, Danz Eco Resort, Mat Leon Village, Teresek Motel dan beberapa lagi.

Kami memilih mengambil pakej penuh 3 hari 2 malam di mana semua telah diaturkan dan diuruskan oleh pihak Resort, lebih memudahkan kerana ini pertama kali kami menjejaki kaki ke Taman Negara. Tak sabar rasanya untuk kami ekplorasi hutan tertua di dunia dan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Berikut kami senaraikan pengalaman kami, mana tahu ada yang berminat, jadi memudahkan anda merancang percutian anda.

Percutian kami kali ini lebih kepada aktiviti trekking dan aktiviti air, jadi kami memastikan beg hiking kami dimuatkan dengan pakaian, kasut hiking dan pakaian untuk basah. Jangan lupa yer bawa bag hiking yang kecil bagi memudahkan membawa air minuman semasa hiking dan waterproof beg untuk menyimpan barangan elektronik semasa aktiviti menaiki bot, kerana kami difahamkan semasa aktiviti bot anda akan basah habis.

Hari Pertama

09.00 pagi¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† –¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Kami bertolak dari Kuala Lumpur dengan mengikut lebuh raya pantai timur menuju ke Kuantan. Kami keluar tol Temerloh dan menuju ke Jerantut.

01.00 t/hari¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† –¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Makan tengah hari di bandar Jerantut. Terdapat banyak pilihan kedai/gerai makan samada di depan masjid besar Jerantut tepi jalan atau bandar Jerantut.

02.00 petang¬†¬†¬†¬†¬† –¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Kami meneruskan perjalanan selepas mengambil sedikit tunai belanja kerana kami difahamkan tiada bank atau mesin ATM di sana serta mengisi penuh minyak kereta (Tiada stesen minyak di Kuala Tahan, Taman Negara) lebih kurang 1 jam dari Jerantut dengan mengikut laluan ke Padang Piol dan Merting (Mudah sekarang guna jer Maps taip Asia Camp Resort)

03.15 petang¬†¬†¬†¬†¬† –¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Sampai di Resort dan kami disambut oleh kakitangan bahagian hadapan dengan ramah. Kami diberi taklimat ringkas tentang Resort, Kawasan sekeliling dan program kami.

AsiaCamp Taman Negara

Kerana kami sekeluarga berlima, kami diberi bilik family yang mempunyai 1 katil King dan 3 katil single. Bilik Chalet kayu yang luas dengan pemandangan gunung dan bukit yang mendamaikan. Kami difahamkan Chalet yang mengadap sungai adalah Chalet untuk berdua dan bertiga sahaja. Sebab kami memilih Asia Camp Resort adalah kerana ianya terletak bersebelahan dengan sungai Tembeling dan banyak kedai kedai runcit berdekatan Resort.

Makan malam kami disediakan jam 07.30 malam, dan kami bersiap dengan pakaian untuk aktiviti ‚ÄėNight Jungle Walk‚Äô yang bermula jam 08.30 malam. Oh ya..jangan lupa membawa lampu suluh atau lampu suluh kepala untuk aktiviti malam. Selepas makan malam, kami dibawa menaiki pacuan 4 roda ke tempat pertemuan dengan Pemandu Pelancong kami. Perjalanan lebih kurang 10 minit tidak terasa dengan angin malam yang nyaman semasa kami duduk di belakang pacuan 4 roda (disediakan kerusi besi Panjang).

Kami diperkenalkan dengan Pemandu Pelancong kami dan kami digabungkan dengan 2 keluarga warga asing, 1 keluarga bertiga dari German dan 1 keluarga berempat dari Holland. Pemandu Pelancong memberi taklimat ringkas dalam 2 bahasa, iaitu English dan Bahasa Melayu. Memberi penerangan tentang keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti jalan malam.

Dengan menaiki sampan crossing lebih kurang 2-3 minit menyeberangi sungai kami menuju ke Pejabat Perhilitan, Pemandu Pelancong menunjukan peta laluan yang akan kami lalui malam ini dan trekking esok pagi. Malam ini perjalanan lebih kurang 500-600 meter sehala dan esok 1.2Km sehala.

Night Walking

Aktiviti jalan malam lebih memberi tumpuan kepada hidupan serangga, di mana diwaktu malam ia aktif keluar mencari makan. Malam itu kami jumpa labah-labah besar (Bird Eating Spider), serangga kayu, Kala Jengking, ulat gonggok yang saiz besar. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Tahan Bumbun, tempat meninjau binatang. Pemandu Pelancong memaklumkan kalau bernasib baik akan dapat melihat Tapir, Kijang, Kancil, Khinzir dan landak. Nasib kami kurang baik malam itu hanya sang kancil yang muncul mungkin kerana terdapat beberapa lagi pelancong yang telah awal sampai di sana. Kami berjalan balik semula ke Jeti dan Pemandu Pelancong telah memaklumkan kepada pihak Resort untuk mengambil kami balik ke Resort. Terdapat beberapa buah Restaurant Terapung di Jeti Kuala Tahan, sambil menunggu kenderaan Resort, kami sempat minum dulu di salah satu restaurant terapung tersebut.

Hari Kedua

Hari kedua kami bersarapan lebih kurang Jam 8.00pagi (Sarapan disediakan dari Jam 7.30 pagi ‚Äď 10.30 pagi). Disebabkan kami telah diberi taklimat tentang aktiviti selama 3 hari 2 malam, kami telah siap memakai pakaian trekking dan membawa bag hiking yang dimuatkan dengan pakaian untuk basah nanti, bag kalis air kecil dan selipar.

Canopy Walkway

Dengan menaiki pacuan 4 roda, kami dihantar ke jeti tempat sama semalam di mana pemandu pelancong kami telah menanti kami Bersama keluarga German dan Holland semalam. Dengan menaiki bot menyeberangi sungai, kami menuju ke kaunter Jabatan Perhilitan bagi urusan pembelian permit masuk, tiket canopy walkway, dan lesen kamera. Setelah diberi taklimat ringkas untuk aktiviti hari ini, kami bergerak menuju ke Bukit Teresek yang terletak lebih kurang 1Km dari kaunter Jabatan Perhilitan, sepanjang jalan disediakan ‚Äėwalk board‚Äô bagi memudahkan lagi aktiviti trekking kami pada hari itu. Sepanjang perjalanan pemandu pelancong menerangkan tentang flora dan fauna. Kami diberi penerangkan tentang jenis/nama pokok dan juga tumbuhan herba.

Bukit Teresek

Penat juga mendaki tangga lebih kurang 100 meter menuju ke Bukit Teresek, namun bila sampai di puncak kepenatan itu berbaloi dengan terbentangnya pemandangan Gunung Tahan yang  amat indah, serta cuaca yang baik hari ini, kami dapat melihat jelas bukit bukau dan gunung ganang sekeliling puncak Gunung Tahan. Pemandu Pelancong memaklumkan ambil masa 7 hari pakej mendaki Gunung Tahan.

Kami meneruskan perjalanan kami dengan menuruni tangga tadi lebih kurang 500 meter menuju ke Jambatan Gantung (Canopy Walkway yang amat popular). Bila sampai kami kena menunggu giliran untuk menaiki Jambatan Gantung, ini adalah kerana setiap masa hanya seorang pengunjung dibenarkan berjalan di atas Jambatan Gantung dengan Jarak 10 meter setiap orang. Sambil menunggu giliran saya berborak dengan pelancong dari German dan Hollad tadi dan mereka memaklumkan bahawa Canopy Walkway di Taman Negara Pahang amat popular dan boleh dikatakan hampir semua orang German dan Holland mengetahuai tentang Canopy Walkway ini dari media social, TV dan signboard yang dipamirkan di negara mereka. Terasa bangga saya kerana Malaysia dikenali dunia sebagai pusat pelancongan, terima kasih Kemeterian Pelancongan Malaysia yang memainkan peranan dalam mempromosi Malaysia kepada mata Dunia. Mereka juga memaklumkan untuk melawati banyak tempat menarik di Malaysia mereka akan menghabiskan masa lebih kurang 10 ‚Äď 14 hari bercuti di Malaysia dan kebiasaannya mereka akan bercuti dalam bulan Jun ‚Äď Ogos semasa ‚ÄėSummer Holiday‚Äô.

Giliran kami telah sampai dan saya memberi laluan kepada kawan baru saya dari German dan Holland untuk menaiki Jambatan Gantung, bila sampai giliran saya baru terasa sedikit serum dan gayat bila meniti jambatan gantung. Kami dimaklumkan bahawa pemeriksaan ketat dan kerap dilakukan oleh Pihak Jabatan Perhilitan ke atas Jambatan Gantung bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap maksimum. Jarak laluan yang dibuka hari itu adalah lebih kurang 320 meter, Panjang keseluruhan Jambatan Gantung adalah 520 meter, namun ada masa sebahagian terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih sekiranya berlaku kerosakan.

Selepas semua kumpulan kami menaiki Jambatan Gantung, kami dibawa turun 100 meter ke jeti Canopy untuk menaiki sampan kayu Panjang berbumbung menuju ke Perkampungan Orang Asli. Sampan mudik naik menuju ke Kawasan teduh tepi sungai untuk menikmati makan tengah hari kami di dalam sampan yang telah dibungkus oleh pihak yang menguruskan pakej kami, ini merupakan kelebihan mengambil pakej penuh, semua teratur kemas.

Perkampungan Orang Asli Dedari

Lebih kurang jam 2.30petang selepas selesai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan mudik naik ke perkampungan Orang Asli Dedari. Sampan melalui beberapa jeram dan pastinya anda akan basah bila sampan melalui jeram, jadi bersiap sedia lah dengan beg kalis air untuk meletakan handphone anda dan juga kamera anda. Perjalanan dari tempat makan lebih kurang 15 minit dan sampai ke perkampungan Orang Asli Dedari yang terletak 50 meter di tepi sungai. Kami diberitahu oleh Pemandu Pelancong bahawa terdapat banyak Kampung Orang Asli di sini namun hanya 2 perkampungan yang dilawati oleh Pengunjung, ini adalah kerana orang asli di sini dari kaum Batek amat pemalu dan penyendiri.

Kami menuju ke pondok yang disediakan oleh orang asli yang diperbuat daripada kayu hutan (Kayu tikus), beratap nipah dan kerusi Panjang diperbuat dari batang kayu pokok hutan. Pondok ini disediakan bagi tujuan pertunjukan menyumpit dan menyalakan api cara orang asli.

Kami diperkenalkan dengan Tok Batin Kampung Dedari iaitu Tok Sena yang berbahasa belayu dan sedikit English, Tok Sena memaklumkan bahawa Bahasa English sikit-sikit beliau pelajari dari pelancong asing yang datang melawat kampung beliau. Baru 5 minit bertemu dan berbual dengan beliau terasa rapat dengan kemesraan yang ditunjukan oleh Tok Sena.

Tok Sena memaklumkan bahawa satu perkampungan Orang Asli tidak ramai keluarga, kebiasaannya dalam 5-9 keluarga sahaja di setiap perkampungan. Mereka selalunya akan berpindah randah sekirannya sumber makanan telah berkurangan atau ada kematian. Kami diberi penerangan penuh oleh Pemandu Pelancong kami tentang suku kaum Batek ini, adat resam, majlis berkahwin, bersalin dan cara hidup. Sumber makanan lain adalah dengan memburu menggunakan sumpit atau lembing dan hasil buruan akan dikongsi makan bersama.

Tok Sena menunjukan cara-cara sumpit diperbuat dari buluh kecil Panjang dan mempunyai beberapa bahagian. Tok Sena menunjukan cara-cara anak sumpit dibuat iaitu dari lidi daun nipah yang ditajamkan dan bahagian kepala anak sumpit menggunakan batang kayu tepus yang memang ringan. Lidi dilekatkan ke kepala anak sumpit dengan menggunakan gam original dari hutan iaitu getah pokok tepus yang dipanaskan dengan menghidupkan api. Tok Sena menggunakan rotan dan kayu meranti untuk menghidupkan api. Caranya ….anda kena datang sendiri untuk melakukan dan mempelajarinya…kikiki…adat orang asli, tak pandai hidupkan api tak boleh kahwin..membujang la kau..kikiki… Kami berpeluh juga ler mencuba hidupkan api cara orang asli.

Menyumpit dengan Buluh

Dengan menggunakan ‚ÄėTeddy Bear‚Äô sebagai ‚ÄėShooting Target‚Äô, Tok Sena mensasarkan buluh sumpit beliau yang panjangnya lebih kurang 2 meter dan‚Ķ..dah isteri 3 mesti la tepat..kikiki‚Ķ Sekarang giliran kami semua pula mencuba menyumpit target sambil dibantu oleh Tok Sena bagi memastikan cara betul dan sasaran tepat. Tok Sena memaklumkan bahawa dengan Teknik yang betul boleh menyumpit sehingga jarak 100 meter ke atas pokok.

Selepas itu kami bersama Pemandu Pelancong berjalan sekeliling kampung sambil melawat pondok-pomdok mereka, terdapat 8 keluarga tinggal di sini. Nasib baik anak saya ada membawa coklat dan gula-gula, kami gunakannya untuk memanggil anak-anak orang asli keluar dari pondok mereka, mereka amat malu untuk berjumpa dengan pengunjung.

Selepas bergambar dengan penduduk orang asli, kami turun menuju ke sampan kami untuk aktivit Rapid Shooting. Semua barangan elektronik kami masukan ke dalam beg kalis air yang kami bawa, menukar kasut hiking ke selipar. Pemandu Pelancong memasukkan kesemua beg dan kasut hiking kami ke dalam plastic sampah hitam besar dan diletakan di hujung sampan bagi mengelakkan terkena air semasa aktiviti tersebut. Ini menjadikan perancangan kami bercuti di Taman Negara satu pengalaman yang berbaloi.

Rapid Shooting

Sampan kayu mengharungi jeram semasa turun ke jeti kuala tahan, dengan melalui Kawasan jeram yang berombak menyebabkan air merecik masuk dan membasahi kami semua. Sungguh seronok selepas seharian berjalan di pengakhiran disimpan oleh kesejukan air sungai Tembeling. Rapid Shooting adalah satu aktiviti yang amat menyeronokan, anak-anak saya dan anak-anak pelancong bergelak ketawa sehingga selesai aktiviti.

Kami sampai di jeti Kuala Tahan lebih kurang jam 5 petang dan kenderaan dari Asia Camp Resort telah menanti kami. (Pemandu Pelancong telah menghubungi Resort sebelum sampan sampai di jeti). Baru ler saya faham kenapa kebanyakan kenderaan Resort yang digunakan untuk mengambil pelancong menggunakan pacuan 4 roda ‚ÄėSingle Cab‚Äô yang disediakan kerusi besi Panjang di belakang. Dalam keadaan kami yang basah lencun memang sesuai duduk di belakang sambil menikmati pemandangan kampung sepanjang perjalanan balik.

Lata Berkoh

Makan malam kami minta dilewatkan sedikit iaitu pada jam 8.00malam kerana terasa amat letih sepanjang hari berada di luar. Selepas mandi kami berehat di beranda bilik sambil minum kopi menikmati keindahan ciptaan illahi bukit bukau yang indah, anak-anak tidur keletihan. Semasa makan malam kami dimaklumkan oleh kakitangan Front Office bahawa masih terdapat aktiviti yang boleh kami belum kami buat iaitu lawatan ke Lata Berkoh dan memberi ikan Kelah Makan (Kelah Sanctuary) dengan menaiki boat dan aktiviti malam iaitu ‚ÄėNight Safari by 4Wd‚Äô atau ‚ÄėNight River Safari by Boat‚Äô, namun kami membuat keputusan untuk berehat malam ini dan menikmati keindahan waktu malam dari meja makan kami yang menghadap sungai dan hutan Taman Negara.

Patin Ikan Salai

Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 10.00 pagi kami bergerak balik ke Kuala Lumpur dan singgah di tepi jalan sebelum masuk tol Temerloh untuk membeli ikan patin salai yang dijual di gerai-gerai sepanjang jalan. Disebabkan anak-anak mempunyai perancangan lain pada petang itu kami membatalkan hasrat untuk melawat tempat penjagaan Gajah (Elephant Sanctuary) dan lawatan ke Ladang Rusa (Deer Farm) yang terletak di Kuala Gandar, Cuma 30 minit perjalanan dari Tol Lanchang.

Kesimpulannya kami merasa amat menikmati dan seronok sepanjang percutian di Taman Negara Pahang. Kunjungan saya berikutnya yang saya rancangan adalah pakej Memancing Kelah di Sungai Keniam bersama kawan2, Pemandu Pelancng telah menceritakan sambil menunjukan gambar semasa beliau memancing di Sungai Keniam. Jom bercuti di Taman Negara!.

Dinasihatkan agar program kita berjalan lancar, ambil pakej penuh dan dengan Resort/Travel Agent yang dipercayai dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Percutian kita akan lebih teratur dan tersusun dan yang pentingnya‚Ķ..‚ÄĚKITA ENJOY‚Äô‚Ķ..

 

Nukilan ‚Äď ¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Shamsul Baharin dan Keluarga

Batu 5, Jalan Ipoh

Kuala Lumpur

 

 

taman negara malaysia

TAMAN NEGARA DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat beberapa Taman Negara yang menarik untuk dikunjungi kerana terkenal dengan flora and fauna yang membuat pengunjung tidak akan lupa. Berikut disenaraikan 5 tempat yang telah diiktiraf dan yang terkenal:

 

TAMAN NEGARA PAHANG

Terletak lebih kurang 75km dari bandar Jerantut (Bandar Pintu Masuk Taman Negara) Perjalanan darat mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Jerantut.

Pengunjung yang ingin merasai menaiki bot kayu untuk masuk ke Taman Negara Pahang boleh naik dari Kuala Tembeling.

Taman Negara Pahang dikenali dengan hutan hujan tropika dan hutan tertua di dunia. Mempunyai keluasan lebih kurang 4343 KM2 dan merangkumi 3 negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Trengganu.

Pintu masuk ke Taman Negara adalah memalui Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Terkenal dengan aktiviti trekking/hiking dan juga aktiviti sungai. Sungai Tembeling adalah sungai utama di sini dan disambungi oleh sungai sungai kecil seperti sungai Tahan, sungai Trenggan, sungai Keniam, sungai Sat, sungai Sephia dan pelbagai sungai2 kecil yang lain.

Aktiviti yang menarik minat pelancong adalah :-

    • Mendaki Gunung Tahan
    • Bermalam di dalam gua (Kepayang Besar) dan bermalam di Bumbun (Bumbun Kumbang,
    • Tabing dan Chegar Anjing)
    • Menaiki Jambatan Gantung (Jambatan gantung terpanjang di dunia)
    • Hiking ke Bukit Teresek (1.5km)
    • Menaiki bot ke Lata Berkoh (Cascade Waterfall) dan memberi ikan Kelah Merah Makan
    • Menaiki bot mengharungi jeram
    • Melawat Kg Orang Asli (Suku Kaum Batek)
    • Memancing di Sg Keniam (Lata Said) atau Sg Tembeling
    • Program Team building

Terdapat beberapa Resort, Hotel, Motel dan guest house di Kuala Tahan untuk pengunjung membuat pilihan mengikut keselesaan dan budget masing2. Juga terdapat pilihan tempat makan di Kuala Tahan seperti restaurant terapung atau gerai2 menjual makanan sarapan, tengah hari dan malam.

Kedai runcit juga banyak terdapat di kawasan sini. Cuma pengunjung dinasihatkan membawa tunai kerana di sini tiada kemudahan bank atau ATM.

TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR

Berkeluasan lebih kurang 870 KM2 merangkumi negeri Johor dan Pahang. Bandar terdekat adalah bandar Kahang (Pejabat ERJNP) untuk pendaftaran dan permit masuk. Terdapat 3 pintu masuk, iaitu dari Johor Endau Rompin (Timur), ikut Kg. Peta, (Barat) – Ikut Selai – Pekan Bekok, Segamat atau Pahang – Kuala Rompin. Namun pintu masuk lain agak sukar untuk anda sampai, jadi disarankan ikut Kg. Peta.

Disebabkan jalan masuk masih tanah merah, pengunjung boleh tinggalkan kenderaan di Kahang dan mengambil pakej 4WD ke Kg. Peta yang disediakan.

Untuk penginapan di sini, terdapat tapak perkhemahan, dorm dan chalet. . Bagi memudahkan dan melancarkan kunjungan anda, Pengunjung kebiasaannya membuat tempahan pakej penuh (termasuk penginapan, makan minum, 4WD dan aktiviti).

Aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah trekking, Kayak, Tubing, night walk, Tasik Biru, Air Terjun Upeh Guling dan Buaya Sangkut (Tinggi 120 meter). Jarak antara tasik dan air terjun lebih kurang 2 jam trekking. Boleh juga melawat perkampongan orang asli dari suku kaum Jakun.

 

TAMAN NEGARA BAKO SARAWAK

Taman Negara Bako merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak, telah diwartakan pada tahun 1957 dan merangkumi keluasan 2,727 hektar persegi.

Terletak lebih kurang 37km dari bandar Kuching dan mudah untuk mengunjungi dimana terdapat banyak kemudahan penganggutan samada dengan bas atau teksi.

Merupakan Taman Negara yang amat terkenal dan dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan. Juga amat dikenali dengan kehidupan monyet hidung besar (Proboscis)

TAMAN NEGARA GUA MULU

Taman Negara Gua Mulu merupakan Taman Negara yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 528.64Km persegi. Yang menarik di Taman Negara Gua Mulu adalah kepelbagaian bentuk gua yang terdapat di sini, juga dipercayai merupakan gua yang terbesar di dunia dengan keluasan 30,347,540 meter padu dan boleh memuatkan 40 buah pesawat Boieng 747.

Gua Air Jernih (Clearwater) panjangnya lebih kurang 189km dan merupakan gua ke-8 terpanjang di dunia.

Bagi yang minat mendaki, pemandangan dari puncak Gunung Api amatlah mempersona dan menakjubkan.

 

TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Taman Negara Pulau Pinang terletak kira2 42km dari Georgetown dan pengunjung boleh melawat dengan menaiki kereta sendiri, bas, teksi dengan menuju ke Teluk Bahang atau menggunakan syarikat pelancongan yang berdaftar.

Tiada permit masuk dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti titian canopy (RM 5.00 dewasa, RM 3.00 Kanak2). Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sni seperti melawat Pusat Interpretasi, merentis hutan (Jungle Trekking), mendaki bukit, Memerhati hidupan liar, melawat rumah api Muka Head, memancing, menyusuri pantai dengan menaiki bot, lawatan ke Tasik Meromiktik (air yang mempunyai 2 lapisan yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bawah manakala air tawar akan berada di atas.

Dan di dunia hanya terdapat 2 tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu di Autralia dan Pulau Pinang)

Bagi Pengunjung lawatan ke Pusat Konservasi Penyu memang tidak dilepaskan yang terletak di Pantai Kerachut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan. Spesis penyu yang dijaga di sini adalah jenis Penyu Agar dan Penyu Lipas.

Namun demi menjaga ekosistem, bilangan pengunjung di hadkan pada satu2 masa. Untuk maklumat lanjut bolehlah bertanyakan kepada Pegawai di Taman Negara Pulau Pinang ditalian 04-881 3500 / 3530.

 

 

Memancing Kelah di Keniam Taman Negara Pahang

MEMANCING KELAH DI LATA SAID, SUNGAI KENIAM TAMAN NEGARA PAHANG

Memburu raja ikan iaitu Kelah Merah di Taman Negara Pahang adalah idaman setiap kaki pancing. Kali ini kami ingin berkongsi trip dan tips memancing Kelah dan juga lain lain ikan di beberapa lubuk sepanjang sungai Keniam Taman Negara Pahang.

Kebiasaannya trip memancing ini megmabil masa 3 hari/2 malam atau 4 hari/3 malam. Untuk makluman sebuah bot hanya dibenarkan 3 orang pemancing sahaja.

Hari Pertama

Kami bertiga berkumpul di Jetty Kuala Tahan Taman Negara, Jerantut Pahang seawal jam 7.30 pagi dengan membawa peralatan memancing, pakaian, umpan tambahan dan bekalan makanan tambahan.

Pakej yang kami bayar untuk 3 orang termasuk makan minum selama tempoh memancing dan umpan sawit peram. Tekong bot kami Abang Bogo dan juru haluan kami Muk sampai dan membantu memunggah dan menyusun barang2 kami agar perjalanan bot nanti bila melaluai jeram yang cetek di sungai Keniam lebih lancar.

Salah seorang dari kami telah ke Pejabat Perhilitan untuk proses membuat bayaran permit masuk (RM 1.00 seorang) dan lesen joran (RM 10.00 sejoran).

Selepas kami diberi taklimat ringkas, kami menuju ke Rakit Jabatan Perhilitan yang terletak di dalam sungai Tahan dengan menaiki bot bagi pemeriksaan permit masuk, lesen joran,barang2 yang kami bawa dan peralatan pancing. Ini adalah prosedur biasa bagi memastikan tiada peralatan merbahaya atau tidak dibenarkan seperti jala, jaring, senapang ikan dan lain2 dibawa semasa memancing.

Tekong memaklumkan kepada kami bernasib baik kerana masa kami memancing tiada pemancing lain masuk ke Lata Said, hanya kami…kebiasaannya satu2 masa ada pernah sampai 15 boat masuk pada masa yang sama, jadi akan berlaku perebutan tapak perkhemahan dan lubuk, siapa sampai dahulu, boleh pilih mana nak bermalam.

Selepas selesai pemeriksaan dibuat, bot kami bergerak ke hulu melaluai sungai Tembeling menuju sungai Keniam. Perjalanan bot mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ke kuala sungai Keniam dengan melalui beberapa jeram.

Anggaran masa 4 jam untuk sampai ke lubuk terakhir iaitu Lata Said. Suasana damai dan aman kami rasakan sepanjang perjalanan bot dengan kehijauan hutan tertua di dunia dan kejernihan air sungai yang mengalir.

Setelah sampai di kuala sungai Keniam, perjalanan diteruskan dengan bot melalui sungai Keniam yang lebih kecil dari sungai Tembeling dan airnya lebih jernih. Perjalanan ini lebih mencabar di mana terdapat beberapa jeram yang terpaksa kami turun berjalan kaki

Tekong dan juru haluan kami menolak bot melalui jeram2 tersebut. Tekong kami memaklumkan ia bergantung kepada aras air sungai, semakin cetek semakin kerap kena tolak boat melalui jeram.

Dinasihatkan memakai kasut kalis air agar mudah meraduk air dan berjalan atas batu dalam sungai. Kami berhenti makan tengah hari nasi bungkus ayam kicap/ayam berlada yang telah dibeli oleh tekong kami, perghhh…sedap rupanya makan nasi bungkus sambal duduk di dalam sungai keniam yang jernih airnya.

Terdapat beberapa lubuk atau pot memancing di sepanjang perjalanan kami menuju pot akhir sekali iaitu Lata Said iaitu Lubuk Perkai, Lubuk Rinching dan Lubuk Rawa.

Kami berbincang dengan tekong dan membuat keputusan untuk terus ke lubuk Lata Said dan hari akhir bergerak pagi dan mencuba nasib di Lubuk Rinching atau Kuala Perkai kerana lubuk tersebut dikenali dengan saiz ikan bersaiz Mega.

Kami sampai di Lubuk Lata Said lebih kurang jam 2.30 petang, Bersama kami mengangkat semua barang2 dalam boat ke tapak perkhemahan yang terletak berhampiran dengan sungai.

Tekong dan juru haluan menyiapkan khemah (Bentuk V yang dibawa oleh Tekong) dan kami…apa lagi bossku…cari pot masing2 ler…. Nasib baik sebelum kami datang saya telah bertanya dengan tekong tip2 memancing kelah.

Di sini saya ingin berkongsi tip2 tersebut..

1) Pastikan pakaian tidak cerah atau terang,

2) Tali pancing bersaiz 5 ‚Äď 15 pound sahaja (Tekong pesan kalau ada jenis tali ‚Äúhantu‚ÄĚ, gunakan),

3) Jangan guna batu ladung atau khili, mata kail saiz 6 terus diikat ke tali pancing, 4) Pastikan pancing diikat dengan tali kerana sifat Kelah terkenal dengan kerakusan menarik umpan, nangis wooo kalua tetiba pancing mahal anda zapppp..terbang ditarik Raja Ikan ini…

Dengan menggunakan sebiji sawit rendam untuk satu mata, kami mencuba nasib masing2 di pot masing2. Selepas mencampak joran saya dan diikat tali, saya duduk dekat pancing sambal menikmati kesunyian, kesegaran udara dan kehijauan hutan hujan tropika, sungguh damai rasanya, jauh dari hiruk piruk kenderaan dan deringan telefon (tiada line phone yer sini).

Tengah melayan fikiran, tiba2 pancing saya disentap kuat dan dengan debar yang kuat saya menyentap pancing …kelah nie..kata hati saya…perghhh…layan bossku…sangat kasar dan kuat tarikannya…sabarr..lepas dreg sikit…

Setelah berjuang lebih kurang 20 minit, alhamdulillah seekor kelah merah sang raja ikan Berjaya didaratkan, anggaran lebih kurang 4kg, betul la kata orang, debar ia lain macam bila kita memancing kelah merah nie..sebab tali tak boleh kasar sebab kecerdikan kelah telah diketahuai, tarik kuat kang meletus tali..nangis wooo…

Lama sangat takut tali di bawa raja ikan ke celah kayu, nangis gak…hehehehe..tapi tu la pertama kali saya layan tarikan kelah..memang best..tak terucap bila didaratkan… lebih kurang 40 minit.

Kemudian satu lagi pancing saya ditarik kuat dan debaran kali kedua menarik pancing dan bermain drag, yang nie tak lama, lebih kurang 10 minit Berjaya didaratkan dan kali ini bukan kelah tapi ikan Kejor, sepsis kelah juga tapi berwarna putih, berat lebih kurang 1 kg lebih…alhamdulillah..janji ikan…tambat dulu ikan guna tali yang dimasakukan tali melalui insang ke mulut ikan dan ditambat dalam air.

Hari semakin gelap dan saya bergerak balik ke tapak perkhemahan, bila sampai makan malam tengah disediakan oleh abg Bogo dan Muk. 2 orang kawan saya sudah awal lagi sampai di khemah dan mereka mendapat 2 ekor kelah merah, 5 ekor baung akar dan 3 ekor ikan lampam.

Umpan cengkerik dan cacing mereka gunakan untuk menjinakan baung dan lampam. Abg Bogo menolong kami menyiang ikan ikan dan menyalai ikan tersebut agar tahan lama. 2 ekor baung digunakan oleh abg Bogo untuk masak goreng chili api…adehhhh…bertambah la nasi nie Nampak gaya nya…ilang diet..kikikiki… malam nie kami mengambil keputusan untuk berehat sambal borak2 dengan tekong dan juru haluan mengenai ikan di taman negara Pahang.

BERSAMBUNG….SABO YER…HARI KE2 LAGI BEST WOO….

PART 2 HARI KEDUA

sarapan pagi mee goreng yang disediakan oleh abg Bogo pekena dengan kopi ‚ÄėO‚Äô‚Ķbaru segar..kami berpecah, kawan saya En. Azizan mengikut tekong menaiki boat ke lubuk Rawa yang terletak menghilir dan Muk juru haluan membawa kami berdua berjalan kaki naik ke atas lagi lebih kurang 5 minit ke Lubuk 5 minit.

Setelah mencari pot masing2, kami melontarkan joran dan memastikan joran diikat kuat dengan tali. Pot saya kali ini lebih menarik kerana kedudukan saya sedikit terlindung oleh pokok2 kecil. 3 joran saya gunakan dengan umpan lain2, iaitu sawit peram, cacing dan biskut ‚ÄėPing Pong‚Äô.

Target saya ikan kelah , lampan dan tenggalan. Baru 5 minit kail saya umpan biskut bergarak tegang perlahan lahan…tegang…kendur…tegang..kendur…yesss…mengikut pengalaman saya…ikan tenggalan nie…sebab sifat ikan tenggalan ia akan menyedut makanan dan meluahkan kembali untuk merasa..dan bila tali tegang bermaksud ia tengah menyedut umpan, saya menyentap joran saya…alhamdulillah…melawan..mata kail dah kena…kuat juga tenggalan nie melawan tarikan pancing saya…5 minit Berjaya didaratkaan dan ya…ikan tenggalan lebih kurang 1 kg saiz nya…syukur…masukan talam tajul dan rendam dalam air.

Kesabaran yang tinggi membuahkan hasil..lebih kurang sejam, joran umpan sawit saya ditarik kuat sehingga tercampak ke depan, nasib baik saya ikat joran tersebut..melompat saya menyambar joran dan menyentap pancing‚Ķ.syukur..lekat ikan Cuma tak pasti ikan apa yang memakan umpan sawit rendam nie..kelah atau kejor atau lampam?…tak per,,,yang penting tarikan ikan sungai memang superbbb‚Ķlepas..tarik..layan‚Ķ30 minit wooo..baru Berjaya menawan dan syukur lagi sekali‚Ķkelibat sisik merah keemasan dah nampak..raja ikan‚Ķkali nie kelibatnya rasa saya dalam 5kg‚Ķberdebar kencang woooo‚Ķbesau baq hang‚Ķjangan Meletus tali udah ler‚Ķnangis wooo..dah la nampak kelibat sisik merah emas‚Ķ.pelan2 kayuh‚ĶBerjaya menaikan raja ikan lagi sekali‚Ķsyukur‚Ķmasukan tali ke dari mulut ke isang..ikat kemas2..tambat dalam air supaya hidup.

Dalam jam 1.00 tengah hari, kami bergerak balik ke khemah untuk siapkan makan tengahari. Hasil saya di Lubuk 5 minit, 1 ekor Kelah Merah, 2 ekor tenggalan, 2 ekor ikan baung (umpan cengkerik) manakala kawan saya, abg Atan Berjaya menawan 1 Kelah, 2 kejor, 2 baung. Sampai di khemah kawan saya yang ke lubuk Rawa, En. Azizan Berjaya mendapat 1 ekor sebarau (besar wooo..4kg), 3 lampan dan 3 kejor. Tekong menyiapkan makan tengah hari, Muk menyiang ikan2 dan menyalai manakala kami mandi dan solat zohor…berehat dulu kumpul tenaga…hehehe..misi akan diteruskan selepas makan tengah hari…

Misi  diteruskan tapi kali ini kami menukar arah, saya mengikut tekong kehilir menaiki bot kerana saya ingin mencuba Teknik casting pula..ingin mencari Sebarau dan Toman Bunga. Manakala En. Azizan dan Abg Atan berpecah mencari lubuk yang dekat dengan tapak khemah kami.

Kami menaiki bot dan sepanjang mudik turun saya menggunakan beberapa jenis mata kail casting, memula saya gunakan mata kail kilat. Mencuba nasib casting dari tebing sungai menarik ke bot tengah sungai, namun nasib tidak menyebelahi saya…saya menukar mata kail casting jenis rapala berbentuk anak ikan berwarna merah yang dibeli online Facebook dari Findland. Selepas 4-5 kali mencansting..zappp…merencik air sungai bila sebarau mengejar dan memakan mata kail rapala saya..bermulalah episod Tarik, lepas, tahan…10 minit sebarau lebih kurang 2 kg Berjaya di naikan..boleh tahan daya tarikan ia…berpusing bot mengikut arah tarikan sebarau.

Misi diteruskan sehingga le lubuk Rawa. Sampai di sana saya turun dari bot menuju ke lubuk Rawa, mencari pot yang sesuai untuk casting. Mencuba beberapa kali tapi kali ini ikan dah tahu..hehehehe..tak per…kita cub acara lain.

Berbekalkan umpan anak ikan keli hidup yang kami bawa, lebih kurang 300 gram saiz, saya menyangkut mata kail di bahagian ekor anak ikan keli dan mencampak ke tengah lubuk. Joran di pacak dan diikat kemas dan menanti agar Toman Bunga memakan umpan kerana dimaklumkan bahawa Toman Bunga amat ‚ÄėMarah‚Äô kepada anak ikan keli.

Memang betul, tunggu tak lama, lebih kurang 30 minit, bergegar kuat joran saya disambar Toman Bunga…perghhh…kuat betul Toman Bunga nie melawan, berdesit desit bunyi drag ditarik, kalau lama mau jem mesin pancing nie…akhirnya Berjaya didaratkan Toman Bunga, patut habis tenaga bermain…9kg rupanya Toman Bunga..semacam dah bunyi mesin joran nie.. patut nama Toman Bunga, cantik betul coraknya..berbunga bunga..

Kami bergerak balik ke khemah dan masa mudik naik Berjaya menaikan lagi 2 ekor Sebarau, tak besar..1kg lebih seekor. Sampai di khemah lebih kurang jam 6.00 petang dan En. Azizan dan Abg Atan masih setia menunggu joran masing2.

Hasil untuk hari nie, 2 kelah (tak besar..hampir 1 kg lebih seekor), 5 ekor kejor, 3 ekor lampan, 3 ekor sebarau dan 1 ekor Toman. Muk menolong kami menyiang dan menyalai ikan2 tersebut.

Hujan turun lebat malam tu selepas kami selesai makan malam. Perbualan dengan tekong memaklumkan kalau hujan turun lama dan air keruh, peluang mengail ikan kelah amat tipis dan boleh mencuba nasib dengan menggunakan umpan cacing. Namun kalau air keruh, banyak ikan baung akar akan keluar. Rupanya malam itu hujan sehingga ke pagi.

JANGAN LUPA BACA PART 3 YER…..

PART 3 HARI KETIGA

Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh tekong, hujan masih renyai2 dan kami masih dalam selimut sambal menghirup Kopi O mengadap sungai memikirkan apa misi kami seterusnya…

Lebih kurang jam 10 pagi baru hujan berhenti dan kami membuat keputusan untuk memburu baung di lubuk 5 minit. Oleh kerana sudah lewat, kami membawa bekal roti bilis yang kami beli awal dan tak lupa nescafe panas yang dimasukan ke dalam botol air mineral (Jungle Style…hehehehe).

Setelah sampai di lubuk 5 minit, kami menggunakan umpan cengkerik, cacing dan anak ikan yang telah dikerat lebih kurang ¬Ĺ inchi yang tekong kami carikan pagi semasa hujan tadi.

Air sungai besar sikit dari semalam dan keruh dari semalam, tak sampai 10 minit membaling umpan, pancing masing2 kuat disentap baung akar. Hingga petang kami memancing di 3 lubuk (Petir, 5 minit dan depan khemah) dan mendapat lebih kurang 9 ekor baung akar, menurut tekong kami kalau la ada umpan perut ayam mau lagi banyak dapat baung.

Ikan tersebut 3 ekor kami bakar garam kunyit cicah dengan air asam lada dan chili kicap bawang yang disediakan oleh tekong dan selebihnya kami salai untuk dibawa balik. Perghhh..tak sedar 3 kali tambah…kikikiki…

PART 3 HARI KEEMPAT

Selepas sarapan pagi nasi goreng, kami mengemas bag pakaian dan mencuba nasib sekali lagi tapi kali ini hanya lubuk didepan khemah sahaja…air masih keruh namun tidak la membangau…kikiki…En Azizan mendapat 3 ekor baung, abg Atan 2 ekor lampan sebesar tapak tangan dan saya sendiri 3 ekor ikan Terboi (Umpan saya guna sawit rincih Panjang dan disangkut kepada 2 mata kail sekali). Boleh tahan daya sentapan ikan Terboi nie, mula2 ingat kelah menarik.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, tekong dan juru haluan telah siap kemas tapak khemah dan barang2 telah dimasukan ke dalam bot, kami bergerak turun dan perjalanan turun kurang kami turun disebabkan air sungai yang sedikit besar.

Bermula dari Kuala Perkai tekong mematikan engine bot dan menggunakan pendayung untuk memudik bot, kami mencuba casting sepanjang perjalanan turun, namun nasib tidak menyelebahi kami, tiada hasil kali ini…mungkin keadaan air yang keruh menjadi punca.

Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Jetty Kuala Tahan jam 3.30 petang dan sekali lagi kami kena melaporkan diri di Rakit Jabatan Perhilitan untuk memaklumkan berapa ekor dapat dan jenis ikan yang dapat.

Selepas siap tekong menghantar kami semula ke jetty untuk kami mengambil kereta. Sebelum bergerak balik, kami mengajak tekong dan juru haluan untuk minum dan makan di Rakit terapung di situ sambil bertanyakan tempat2 lain yang menarik untuk misi memburu kelah merah dan jenis2 lain.

Kami amat tertarik dengan misi memburu raja ikan di Jeram Perahu, lebih jauh dan lebih mencabar perjalanannya.  Kami bergerak balik ke Gombak dan sampai lebih kurang jam

Ini sahaja pengalaman saya dan kawan2 memancing di Lata Said Sungai Keniam Taman Negara Jerantut Pahang. Pengalaman yang kami tidak akan lupakan dan sudah pasti akan datang lagi dan mungkin lepas ini Jeram Perahu misi kami yang akan datang, atau sungai Kuala Sat.

NANTIKAN…………